Baru-baru ini viral dalam kalangan peminat online game Hyper Scape apabila wanita Malaysia bertudung dijadikan sebagai salah seorang karakter dalam game tersebut, lapor Coconuts.
Syarikat dari Perancis yang menghasilkan game itu, Ubisoft telah menamakan karakter terbabit sebagai Noor Casulink atau nama sebenarnya Noor Azimah Yusof berusia 23 tahun dan berasal dari Pekan, Pahang.
Melalui website, karakter Noor dicipta memakai sut berwarna kelabu dan oren serta turut memakai tudung gaya turban berwarna merah dengan kasut but hitam.
Game ini dicipta berlatar belakangkan tahun 2054 dan setiap karakter perlu bertempur untuk mendapat kemasyhuran dan kekayaan. Pada akhir game ini, hanya seorang pemain yang akan menang.
Selain Noor, antara karakter antarabangsa yang dicipta dari negara lain adalah Niro Takeshi, Jepun, bekas atlet Kehinde Adichie dari Nigeria serta juruterbang Josephina De La Cruz dari Chile.
Disebabkan ada karakter wanita Malaysia dalam kalangan karakter ini semua, ramai netizen kita yang excited dan rasa bangga hingga cerita ini jadi hype dekat Twitter.
Korang main game ni tak?
Baca: Impian Nak Jadi ‘Pro Gamer’, OKU Main Mobile Legends Dengan Satu Tangan Buat Netizen Kagum