Asian mums memang selalu dikaitkan dengan kisah tupperware. Mak-mak kita memang sayang semua tupperware mereka sampai kita jadi takut kalau tertinggal dekat mana-mana atau hilangkan. Betul tak? Dalam peti ais pun, tupperware aiskrim jadi tempat letak ayam, daging atau ikan. Siapa selalu tertipu? Haha!
Mestilah mereka sayang tupperware tu ada sebabnya. Salah satunya adalah sebab kegunaan tupperware yang diakui memudahkan kita untuk bawa makanan ke mana-mana!
Tapi, admin pasti ada satu part yang paling kita tak suka sebab memang leceh, basuh tupperware BERMINYAK! Kadang-kadang give up bila tengok minyak, terus buang je dalam tupperware (tanpa pengetahuan mak).
washing an oily tupperware https://t.co/7NHBeM7t8o
— basboussa (@fatmahmdsom) November 11, 2017
Seorang netizen baru-baru ini berkongsi sebuah video menunjukkan tips mudah gila untuk basuh tupperware berminyak. Video yang dimuat naik di Instagram itu mendapat perhatian ramai netizen dan sehingga kini telah ditonton lebih 16,800 orang.
Menurut Nazry, ada 5 langkah mudah untuk basuh tupperware berminyak. Bukan setakat boleh jimat sabun cuci pinggan tapi juga jimatkan masa kita!
1. Letakkan sedikit cecair sabun pencuci pinggan ke dalam bekas yang berminyak
2. Isikan bekas dengan sedikit air
3. Koyakkan tisu dapur dan letakkan ke dalam bekas berisi air dan sabun
4. Tutup bekas. Goncang, goncang dan goncang lagi.
5. Bilas bekas, dah siaaaap!
TADAAAAA!!!!
Selama ini yang admin amalkan bila cuci bekas berminyak adalah lap minyak guna tisu dapur. Lepas tu cuci macam biasa dengan sabun. Tapi rupanya ada cara yang lebih menjimatkan masa!
Jom try!!!! Share article ni kalau korang rasa tips ni berguna untuk semua!
Baca: “Weh sumpah aku tak pernah tau” – Adik Ni Ajar ‘Lifehack’ Baru Cara Nak Buang Makeup Dekat Muka