Kerajaan mengumumkan pembentangan Belanjawan 2027 yang membawa pelbagai khabar gembira buat rakyat Malaysia, merangkumi peningkatan bantuan tunai sara hidup serta pelepasan dan penurunan kadar cukai pendapatan individu.
Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ditingkatkan daripada RM15 bilion kepada RM16 bilion. Menerusi inisiatif ini, kesemua 9 juta penerima STR bakal menerima bantuan SARA sehingga RM150 sebulan atau RM1,800 setahun.
Selain itu, kerajaan turut memperkenalkan pemberian khas SARA MADANI 2027 sebanyak RM100 yang disalurkan dua kali setahun (sebelum Aidilfitri dan sempena 70 Tahun Merdeka) bagi memanfaatkan rakyat berumur 18 tahun ke atas, termasuk golongan M40.
Bagi kemudahan penerima, guna pakai SARA 2027 turut diperluas untuk pembelian barangan basah dan segar di 216 Pasar Tani FAMA seluruh negara. Peruntukan program Jualan Rahmah MADANI & Jualan Agro MADANI pula dinaikkan kepada RM750 juta dengan sasaran 35,000 penganjuran.
Penambahbaikan & Pelepasan Cukai Pendapatan Individu
Bagi merancakkan ekonomi isi rumah serta meringankan beban pembayar cukai, beberapa perubahan penting cukai pendapatan individu turut diumumkan:
- Had Pelepasan Cukai Individu: Had pelepasan cukai pendapatan individu dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM12,000
- Penurunan Kadar Cukai: Kadar cukai pendapatan individu diturunkan sebanyak 1 mata peratusan bagi dua julat pendapatan bercukai:
- Kepada 18% bagi pendapatan bercukai RM70,000 hingga RM100,000.
- Kepada 24% bagi pendapatan bercukai RM100,000 hingga RM150,000.
Peluasan Pelepasan Cukai:
Yuran Pengajian & Kemahiran: Diperluas meliputi semua bidang pengajian serta kos tuisyen anak.
Gaya Hidup: Diperluas merangkumi langganan AI, kos pemvaksinan, serta kos pengambilan haiwan peliharaannya angkat daripada pusat berdaftar.
Sumber: MOF
