in

Belanjawan 2027: Jawatan Tetap Doktor Kontrak, Elaun Naik & Pelan MediAsas Diperkenal

Syaz Ft 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan mengumumkan pelbagai langkah penambahbaikan menyeluruh bagi memperkasakan sektor perkhidmatan kesihatan awam menerusi pembentangan Belanjawan 2027.

Langkah ini merangkumi jaminan kerjaya petugas kesihatan, kenaikan kadar insentif, serta penaiktarafan kemudahan perubatan di seluruh negara.


Artikel berkaitan: Belanjawan 2027: 9 Juta Penerima STR Bakal Terima Sehingga RM150 Sebulan

Artikel berkaitan: [LIVE] Saksikan Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2027 Oleh YAB Perdana Menteri

Bagi mengiktiraf perkhidmatan serta memberikan jaminan kerjaya kepada petugas barisan hadapan, kerajaan mengumumkan:

  • Lebih 9,000 doktor kontrak akan dilantik ke jawatan tetap bagi tahun 2027.
  • Doktor yang berjaya menamatkan latihan siswazah bakal ditawarkan jawatan tetap sebagai Pegawai Perubatan.

Selain itu, kadar bayaran insentif bagi petugas kesihatan turut dinaikkan:

  • Bayaran Insentif Pos Basik (BIPB): Dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 sebulan, memanfaatkan 47,000 anggota paramedik dan jururawat.
  • Insentif Perkhidmatan Kesihatan Udara: Dinaikkan daripada RM30 kepada RM100.

Menyumber Luar Pesakit & Pelan MediAsas Mampu Milik

Dalam usaha mengurangkan kesesakan di hospital kerajaan, peruntukan sebanyak RM200 juta disediakan bagi menyumber luar (outsourcing) pesakit ke hospital swasta. Skop program ini turut diperluas merangkumi Expanded Newborn Screening, Prenatal Genetic Testing dan perkhidmatan rehabilitasi.

Di samping itu, Pelan MediAsas Mampu Milik bakal diperkenal bermula Januari 2027:

  • Bayaran hospital akan ditetapkan mengikut jenis diagnosis dan rawatan bagi memastikan kos lebih terkawal dan mudah dijangka.
  • Ahli KWSP berumur bawah 55 tahun dibenarkan membuat bayaran premium MediAsas menerusi Akaun Sejahtera KWSP.

Penaiktarafan Prasarana Kesihatan RM1.2 Bilion

Bagi memastikan mutu perkhidmatan kesihatan berada pada tahap terbaik, kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion khusus untuk penyelenggaraan dan baik pulih hospital serta klinik awam, termasuk menaik taraf klinik daif yang berbaki di seluruh negara.

Sumber: MoF

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.