Menjadi seorang yang terkenal ada baik dan buruknya, lebih-lebih lagi jika anda terkenal dalam sesebuah bidang yang spesifik seperti bidang politik.
Baru-baru ini, netizen di aplikasi media sosial TikTok terkejut dengan kenyataan Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid dalam sebuah video pendek yang mengetengahkan isu hak asasi dan kepimpinan wanita.
@sinardailymy #politicallyfrank #nurulzahid #fyp #foryourpage #sinardailymy
Video berdurasi 23 saat itu merupakan ‘teaser’ untuk salah satu episod wawancara Politically Frank, yang akan disiarkan dalam portal Sinar Daily.
“Saya rasa wanita tidak dilahirkan untuk menjadi pemimpin, seorang lelaki dilahirkan untuk menjadi pemimpin. Jadi, saya fikir untuk hak asasi manusia, untuk hak wanita saya fikir semua orang harus mempunyai hak. Kerana kita semua manusia,” katanya.
Video yang dimuat naik di laman TikTok Sinar Daily itu telah mendapat lebih daripada 53K tontonan setakat ini dan lebih daripada 500 komen.
“10 kali ulang pun tak faham”
Video tersebut menarik perhatian ramai netizen walaupun majoriti daripada mereka kurang faham dengan kenyataan anak kepada presiden UMNO itu, malah ada juga yang kecam kenyataan yang dikeluarkan olehnya.
Mungkin mesej tu macam dekat tapi jauh? Apa-apapun kita tunggu je video penuh rancangan ini okay?
Baca: “Tak timbul cerita hampir ‘kahwin'” – Nurul Zahid Perjelas ‘Hubungan’ Adiknya & Siti Bainun