“Kes sondol terakhir tahun ini”, itu reaksi netizen selepas tular satu video memaparkan seorang lelaki dipercayai curang bersama perempuan simpanan di Threads dan diserbu isteri.
Dalam video yang berdurasi 25 saat itu dapat dilihat dan didengari seorang wanita yang merakam rupa lelaki yang dipercayai suaminya dan wajah seorang wanita lain yang dipercayai orang ketiga itu di dalam kereta.
Artikel berkaitan : “Suaminya laju cabut lari” – Isteri ‘Naik Hantu’, Penyondol Dimarahi Di Khalayak Ramai
Artike berkaitan : Wanita Kongsi Kisah Penyondol Dalam Keluarga, Kakak Ipar Mengandungkan Anak Suami Sendiri
Kes penyondol terakhir 2025

Disamping itu dapat dilihat lelaki tersebut berusaha keras untuk mengelakkan diri daripada terus dirakam sebelum mereka bergelut berebut telefon bimbit.
Keadaan menjadi semakin tegang apabila anak mereka dilihat menangis dalam keadaan yang ketakutan, sebelum wanita tersebut mendakwa lelaki itu ada memukul anaknya. Malah lelaki tersebut turut menengking isterinya dengan kata-kata kesat.
“Memang aku nak tularkan video perempuan ini.”
“Perempuan sundal, perempuan penyondol,” ujar wanita tersebut.
“Woi puk*m*k, kau kenapa?,” jerit lelaki itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bengang kerana situasi tegang itu dilakukan di hadapan anaknya. Malah ada yang tak boleh terima dengan tindakan si bapa yang dikatakan cuba untuk ‘angkat tangan’ kepada anak.

Seperti yang kita sedia maklum berlaku beberapa video kes tular suami ‘kantoi’ curang seperti ini, malah sebelum ini pernah tular satu video di hospital/klinik dan seorang lelaki yang mengasari isteri setelah kecurangannya terbongkar.
Sumber : Threads
