in

“Woi kalau besar ni aku pun seram!” – Mula-Mula Cuba Pegang Ular Biasa, Sekali Dapat ‘Surprise’ Dari Belakang!

Fobia Ular

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang mesti ada fobia masing-masing kan? Confirm ada haiwan yang korang rasa geli atau takut nak sentuh. Macam admin, ular adalah salah satunya haiwan yang admin takut dan meremang bila tengok.


Samalah macam seorang wanita ni yang geli juga dengan reptilia tu tapi lebih teruk, dia dikejutkan dengan ‘kehadiran’ haiwan tu dengan jarak yang SANGAT dekat!

Seorang pengguna Twitter bernama Angela Rodriguez berkongsi satu video yang dirakamkan sendiri olehnya. Angela merakam reaksi adik kepada rakan kerjanya ketika cuba atasi fobia paling besar dalam hidup dia iaitu ular!

Ular1

Video tersebut menjadi viral sejak dimuat naik dan kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Zoo Singapura di mana dia hadiri satu pertunjukan bernama ‘Rainforest Fights Back’. Semasa pertunjukan tu, penonton boleh volunteer untuk sertai wakil daripada zoo membuat demonstrasi di atas pentas.

Ketika tu, pekerja zoo berkenaan membuat demonstrasi memegang ular bersaiz normal dan boleh nampak dalam video yang saiz reptilia tu kecil je, tak perlu diangkat beramai-ramai.

Ular2

Tapi tanpa diketahui oleh wanita tersebut, beberapa orang pekerja zoo yang lain akan membawa seekor ular bersaiz 10 kali lebih besar untuk beri kejutan kepadanya dari belakang.

Mula-mula korang boleh dengar suara dia menjerit sebab takut nak pegang ular kecil tu. Pekerja zoo dekat situ pun boleh didengari buat kiraan untuk dia sentuh ular yang ada depan dia tu. Penonton pun ketawa dan bersorak untuk bagi dia semangat.

Beberapa saat lepas tu, seekor ular sawa yang besar gila dibawa dari belakang dan bila wanita tersebut nampak je reptilia tu dia terus menggelupur terkejut sebab terlampau geli.

Ular3

Ular4

Korang tonton video tu di bawah:

Walaupun situasi tu mungkin buat dia trauma dan menggigil, tapi ramai penonton rasa cara dia larikan diri tu agak kelakar dan menghiburkan.

Weh, admin tak sanggup nak volunteer kalau macam ni!

Baca: “Ni mesti serangga jantan ni!” – Bengkak Bibir Disengat Serangga, Netizen Confused Nak Gelak Ke Kesian!

Page 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.