Ramai pelancong asing memilih Malaysia sebagai destinasi percutian mereka dan tidak dapat dinafikan ia sedikit sebanyak membantu merancakkan ekonomi pelancongan kita.
Namun, baru-baru ini tular sebuah tweet yang menyatakan seorang Mat Salleh bertindak memotong barisan ketika menunggu teksi malah diludah olehnya.
Menerusi perkongsian hantaran @brdthrnry di Twitter itu, ketika dia sedang beratur menunggu teksi secara tiba-tiba datang seorang lelaki memotong barisannya.
“Baru sahaja mengalami kejadian yang tidak menyenangkan hari ini. Saya betul-betul beratur untuk menaiki teksi dan datang pula seorang mat salih yang kebetulan memotong barisan.
Apabila teksi tiba, saya cepat-cepat masuk dan menepisnya untuk beratur tetapi yang mengejutkan saya, dia meludah saya,” luahnya.
Dalam laporan Kosmo!, kejadian berkenaan dipercayai berlaku di tempat menunggu bas Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang Park, Kuala Lumpur.
“White privilege?”
White privilege atau keistimewaan kulit putih merupakan layanan masyarakat yang memberi manfaat kepada orang kulit putih berbanding orang bukan kulit putih dalam sesetengah keadaan, ia termasuklah dalam keadaan sosial, politik atau ekonomi.
Selepas tular tweet berkenaan, ramai netizen yang berkongsi situasi yang hampir sama ketika menggunakan perkhidmatan awam.
Harap takde lagi lah perkara macam ni berlaku…