Kadang-kadang kejadian motor rosak tengah jalan ni tak boleh nak agak, betul tak? Bukan tu je, dibuatnya tengah panas pula motor rosak, memang pedih nak tolak sorang-sorang.
Awal minggu ini, viral di Facebook rakaman yang dibuat oleh pemandu kereta yang memaparkan tindakan seorang rider Foodpanda memimpin pakcik tua yang mengalami kerosakan motosikalnya di tengah jalan.
https://www.facebook.com/watch/?v=597746584608111
Apa yang mencuri perhatian dalam video itu adalah kebaikan hati rider tersebut kerana sanggup untuk bergerak seiring dengan kelajuan pakcik itu. Malah dia dilihatkan tidak mempedulikan langsung cuaca yang boleh dikatakan terik ketika itu.
“U’re the best bang!” – Netizen
Disebabkan tindakan yang baik hati dari rider Foodpanda itu, video tersebut telah dihujani dengan ratusan komen dari netizen yang rata-rata memuji perbuatannya. Turut ada yang kata bahawa rider Foodpanda itu tidak mengisahkan ordernya semata-mata untuk membantu pakcik tersebut.
“Tahniah n syabas buat rider kerna Tuhan gerakkan hati awak tuk membantu. Alhamdulillah tolong menolong x mengira bangsa” – Netizen
Berikutan kejadian itu, ramai yang mengharapkan agar rakyat di Malaysia terus bertimbang rasa untuk membantu orang lain yang berada dalam kesusahan agar keharmonian dapat dikekalkan.
Bagus betul korang ni… Suka Min baca komen-komen kat video ni, sejuk je hati rasa… Hehe…
Baca: “Paling dekat pernah aku dapat!”- [VIDEO] Rider Foodpanda Dapat Order “Sekangkang Kera” Je!