in

Warnakan Anak Anjing Menyerupai Panda, Zoo Di China Terima Kecaman Warganet

Panda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah zoo di China baru-baru ini menerima kecaman orang ramai setelah bertindak ‘mengecat’ anjing menyerupai seekor panda.

Video tersebut dipercayai dirakam di Zoo Shawei setelah seekor daripada ‘panda’ tersebut mula menyalak.


Pada awalnya, pihak zoo menafikan bahawa mereka mempamerkan anjing sebagai panda.

Menurut pihak pengurusan, panda tersebut adalah daripada baka yang berbeza dari panda biasa.

Bagaimanapun, setelah menerima kecaman dari netizen, pihak zoo tersebut akhirnya mengakui mereka telah mewarnakan dua ekor anjing chow – satu baka yang sangat popular di utara China.

Selepas perkara sebenar tersebar, rata-rata pengunjung zoo tersebut telah meminta agar wang mereka dipulangkan semula.

“Ini bukan panda sebenar, ini panda jadian,” kata seorang netizen.

 #panda #pandas #zoo #dogs #chowchow #animalsoftiktok #news #chinazoo #china ♬ I am sneaking into you Pink Panther Parody – moshimo sound design

Artikel berkaitan: “Mujur tak kena makan” – Pengunjung Panik, Kucing Sesat Masuk Kandang Harimau Di Zoo Johor

Artikel berkaitan: “Sweet couple ni” – Pasangan Singa Di Zoo Negara Tunjuk Kasih Sayang Buat Orang Single ‘Jealous’

Panda
Tangkap layar video tular di laman tiktok yang memaparkan seekor anjing diwarnakan seakan-akan seekor panda.

Bagaimanapun, ini bukanlah kali pertama kejadian seumpama ini berlaku.

Sebelum ini, Zoo Taizhou pernah mempamerkan anjing Chow dengan warna dan corak seakan-akan panda.

Pihak Zoo Taizhou pula perkata, mereka terpaksa melakukan perkara demikian kerana tidak mempunyai panda di zoo mereka.

Namun, tindakan mereka itu telah membuatkan aktivis haiwan marah. Penggunaan pewarna pada badan anjing Chow boleh mendatangkan masalah kulit kerana anjing tersebut sangat sensitif.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.