Perceraian memang sukar, dan ia akan mempengaruhi serta memberi kesan yang buruk terutamanya kepada seseorang anak itu.
Seperti kisah ini apabila seorang nenek di Indonesia tetap menjaga cucunya selepas ibu bapa anak kecil itu bercerai.
Untuk cucu
Pengorbanan seorang nenek memang tak boleh diabaikan, seperti kisah ini apabila seorang nenek dikenali Mumun, berusia 60-an tetap bekerja keras untuk mencari rezeki demi cucu kesayangannya, Reihan yang berumur 2 tahun.
Ibu bapa Reihan telah bercerai dan sebab itu Mumun menjaga anak kecil tersebut.
Apa yang menyedihkan, cara nenek itu yang setiap hari dikatakan mengecat dirinya berwarna kelabu hingga digelar ‘manusia silver’ dan membuat persembahan di tengah jalan.
Dia akan menggunakan sebotol cat yang berharga Rp35,000 (RM9.90) dan mengecat dirinya hingga tidak kelihatan warna kulit sebenarnya.
Selain itu dia turut berkata, yang dia akan menanggalkan cat tersebut menggunakan sabun cuci pinggan.
“Nanti setelah mengamen, cat ini bisa dihilangkan dengan cairan pencuci piring,” katanya menurut merdeka.com
Sebelum ini, Mumun bekerja sebagai pembantu rumah di daerah Tangerang dan dia telah melakukan perkara itu sejak empat bulan lalu sambil mendukung cucunya Reihan.
Dia akan berdiri seperti patung sambil meletakkan kotak dihadapannya dengan harapan mendapat ehsan dari orang ramai yang melihat
“Asalkan dapat beli susu”
Setiap hari, Mumun dikatakan mendapat pulangan sekitar Rp50.000 hingga Rp100.000 (RM 14.00 hingga RM 28.00) dimana dia melakukannya dari pagi sampai ke petang.
Tambahnya lagi, apa yang penting dia dapat membeli susu untuk cucunya itu serta makanan.
“Yang penting dapat membeli susu buat Reihan dan makan sehari-hari,”
Kita doakan supaya nenek Mumun dan cucunya Reihan sentiasa dimurahkan rezeki.
Sumber : merdeka.com