in

“Kesan COVID 19 melalui hembusan nafas” – Indonesia Mula Guna Ujian GeNose Sebagai Syarat Untuk Rentas Wilayah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Saat kita di Malaysia masih lagi mempersoal golongan artis bagaimana mereka mampu merentas negeri ke sana ke sini atas alasan yang pelbagai, Indonesia nampaknya sudah maju ke depan dengan satu teknologi baru.


Menurut Harian Metro, Indonesia kini mula mempraktikkan ujian COVID 19 menerusi kaedah GeNose C19 sebagai prasyarat untuk mereka yang menggunakan pengangkutan awam bagi merentas provinsi atau wilayah.

GeNose ini adalah alat buatan Universiti Gadjah Mada (UGM) yang digunakan untuk kesan virus COVID 19 hanya dengan hembusan nafas dan ia juga sudah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Indonesia.

Alat pengesan COVID 19 menggunakan nafas atau disebut sebagai ‘breathlyzer’ virus COVID ini dah pun dikaji dan dibangunkan di pelbagai negara bukan sahaja Indonesia tapi di US, Belanda, Finland, Jerman, Britain, Australia dan Kanada.

Bermula 5 April lalu, perkhidmatan pemeriksaan COVID 19 menerusi GeNose (selain ujian calitan, ujian antigen dan rapid test) telah mula dilaksanakan di stesen-stesen kereta api di Indonesia.

Naib Presiden Hubungan Masyarakat PT Keretapi Indonesia juga berkata, perkhidmatan GeNose C19 di 44 stesen kereta api itu hanya mengenakan bayaran sebanyak Rp30,000 (RM9). Uish murah! 

Hasil ujian GeNose C19 pula akan dapat diperoleh dalam tempoh 24 jam saja.

Wow! Bila teknologi ni nak ada kat Malaysia? Baru rasa selamat nak naik LRT, KTM & MRT kan? 

Baca: China Wajibkan Ujian Calitan Dubur COVID 19 Kepada Semua Pelawat Antarabangsa

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.