in

Warga Emas Maut, Suami Cedera Dalam Kemalangan yang Berpunca Dari Kotak Tisu

Pag

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka kemalangan dan kematian boleh berpunca dari sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran?


Seorang wanita warga emas maut manakala suami cedera dalam satu kemalangan di Hulu Terengganu pada 19 Mac lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Abd Wahab Salleh, 70 sedang memandu kereta Perodua Axia dari Jalan Nasri, Felda Jerangau Ajil dan dalam perjalanan ke Kampung Gaung.

Ketika melalui jalan berselekoh, Wahab yang juga seorang peneroka Felda Jerangau tiba-tiba gagal mengawal kenderaan menyebabkan kereta dipandu terbabas ke bahu jalan di Kilometer 6 Jalan Gaung-Kampung Tajin.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, ketika hilang kawalan, Abdul Wahab dipercayai gagal menekan brek kerana terdapat kotak tisu di belakang pedal brek kereta tersebut.

Tisu
sumber: harian metro

Kemalangan itu menyebabkan isteri Wahab, Esah Md Zin, 67 meninggal dunia di tempat kejadian. Wahab pula dilaporkan mengalami cedera ringan.

Sebaik sahaja ambulan tiba di tempat kejadian, mayat mangsa dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada waris manakala Wahab kini dirawat di hospital itu.

H
gambar hiasan

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Sentiasa pastikan kereta anda bersih dan barangan yang ditinggalkan di dalam kereta dikemas kerana ia ternyata menggangu pemanduan hingga boleh mengakibatkan kemalangan.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.