in

Warga Emas Korek Kemaluan Kanak-Kanak Berusia Enam Tahun di Tempat Awam di Kuala Terengganu

Page 14

Gambar bahagian kiri di atas adalah sekadar gambar hiasan.

Makin lama makin banyak kes cabul terhadap kanak-kanak zaman sekarang ni. Mereka yang tak bersalah pula menjadi mangsa nafsu orang-orang yang tak bertanggungjawab!

Baru-baru ini, seorang pencabul kanak-kanak mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencabul seorang kanak-kanak berusia enam tahun di Kuala Terengganu, tahun lepas.

Foo Say Phang yang berumur 57 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu dua hari lepas dan didapati melakukan jenayah mencabul dengan memasukkan jari ke dalam kemaluan seorang kanak-kanak di sebuah kedai di bandar raya pada bulan Disember kira-kira jam 9 hingga 9.30 malam.

4 2
gambar hiasan

Tertuduh mengaku tidak bersalah dan Majistret Abdul Hayyi Salim menetapkan tarikh sebutan semula pada 18 Jun dan membenarkan jaminan sebanyak RM6,500.

Menurut Sinar Harian, pada 31 Disember tahun lepas kira-kira jam 3 petang, semasa ibu mangsa dan anak-anaknya berada di rumahnya di Kuala Nerus, mangsa telah mengadu sakit di bahagian kemaluannya ketika mandi.

Seorang lagi anaknya telah memberitahu bahawa mangsa menceritakan seorang lelaki telah memasukkan jari ke dalam kemaluan dan menggosoknya. Pesan pada anak-anak supaya tidak merahsiakan hal sebegini…

2 4 E1497330062249
gambar hiasan

Setelah ibunya dapat tahu, beliau terus membawa mangsa ke hospital dan pegawai perubatan telah mengesahkan terdapat kesan kemerahan dan koyak pada kemaluan mangsa.

Tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan mungkin berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan berkenaan jika sabit kesalahan.

3 5
Sumber : youtube

Apa-apa pun semoga mangsa itu mendapat keadilan dan semoga kita semua akan lebih berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling agar perkara ini tidak terjadi pada orang yang kita sayang.

Baca : Kanak-kanak Dirogol Jiran Berusia 45 Tahun Ketika Sedang Bermain Di Luar Rumah

6