in

Warga Emas Jadi Suspek Utama Kematian Anjing Liar Telah Ditahan Polis

4Polis 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Polis menahan seorang lelaki warga emas bagi membantu siasatan berhubung kematian seekor anjing liar yang ditemui mati di Pusing, berhampiran Batu Gajah, Rabu lalu.

Suspek berusia 64 tahun itu diberkas pada jam 11 malam di kawasan Pusing selepas polis menerima laporan berhubung kejadian berkenaan kira-kira jam 9.30 pagi semalam. Penahanan dibuat susulan maklumat awal dan siasatan yang dijalankan pihak berkuasa.


Hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 7.30 malam pada 28 Januari lalu apabila penduduk setempat terdengar bunyi letupan kuat sebelum menemui bangkai anjing tersebut terbaring di atas jalan raya dengan kesan kecederaan pada bahagian mulut.

Screenshot 2026 01 31 At 12.49.05 Pm

Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman terhadap perbuatan membunuh atau mencederakan haiwan. Polis dijangka mengemukakan permohonan reman terhadap suspek bagi membantu siasatan lanjut.

Dalam pada itu, orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian yang tular di media sosial, selain menyalurkan maklumat berkaitan kepada pihak polis bagi membantu siasatan dijalankan secara menyeluruh.

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.