in

Warga Emas Hidap Penyakit Jantung Dibelasah Tiga Lelaki Tanpa Belas Kasihan Kerana Memberhentikan Kereta

A1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rabu lalu, seorang warga emas memberhentikan keretanya di tengah jalan raya kerana berada dalam keadaan tidak berapa sihat. Kejadian itu dilaporkan berlaku di Pulau Pinang.


Disebabkan itu, warga emas berkenaan telah dibelasah oleh tiga orang samseng jalanan yang menaiki motorsikal kerana telah menyebabkan mereka merempuh keretanya yang tidak bergerak itu.

Http://Media2.Giphy.com/Media/Iujrcuatzeelu/Giphy.gif

Menurut World of Buzz, seorang netizen bernama Tan Poh Poh berusia 45 tahun kemudian menjadi saksi kejadian dan telah memuat naik status di Facebook selepas insiden itu.

Menurut Tan, semasa kejadian dia dari Jalan Scotland sedang dalam perjalanan ke Jalan Ayer Itam kira-kira jam 3.45 petang. Dari jauh, dia ternampak sebuah kereta berhenti di tengah jalan, sebaik sahaja melepasi jejambat.

Tan kemudian memerhatikan kereta itu kerana bimbang memikirkan jika pemandunya adalah seorang warga emas dan ternyata firasatnya itu benar.

Tiba-tiba sebuah motorsikal dinaiki tiga orang lelaki ditunggang dengan laju melepasi keretanya dan merempuh kereta warga emas itu kerana tidak sempat menekan brek. Namun, ketiga-tiga mereka tidak cedera teruk akibat perlanggaran itu.

Salah seorang lelaki itu mengamuk, berjalan ke arah tempat duduk pemandu kereta dan menarik lelaki warga emas itu keluar. Tanpa teragak-agak, dia terus menghentam warga emas berkenaan tanpa belas kasihan.

Apabila saya toleh, saya lihat muka warga emas itu sudah berdarah,” kata Tan.

A2 5
sumber: facebook
A3 3
sumber: kwongwah

Sebaik melihat keadaan lelaki itu, Tan segera keluar dari kereta untuk menghalang lelaki itu. Penunggang motorsikal itu menyalahkan warga emas berkenaan kerana berhenti di tengah jalan, menyebabkan kemalangan berlaku dan telah mencederakan kakinya.

Disebabkan itu, dia mendesak dan terus menerus menuntut ganti rugi daripada mangsa yang pada ketika itu berlumuran darah.

[sociallocker id=1666]

Tan kemudian mahu membawa warga emas itu ke hospital namun penunggang motorsikal berkenaan mula mengamuk dan memakinya. Malah, lelaki itu mencabut helmet di kepalanya dan menghentak cermin kereta Tan.

“Pada waktu itu, saya lihat keadaan dia di luar kawalan jadi saya tidak menghalangnya (daripada menghentak cermin kereta),” katanya lagi.

A4 3
sumber: kwongwah

Situasi tegang itu mula berhenti apabila dua orang awam masuk campur dan menghalang lelaki tidak berhati perut itu. Seorang lagi lelaki dilihat memberikan tuala kepada warga emas itu untuk menghentikan pendarahannya.

A5 3
sumber: kwongwah

Semasa berada di hospital, Tan mendapat tahu bahawa warga emas itu menghidap penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Rupa-rupanya dia terpaksa memberhentikan kereta kerana tangannya menggigil.

Sebaik sahaja anak lelaki mangsa tiba di hospital, dia terus membawa bapanya itu untuk membuat laporan polis. Warga emas tersebut dilaporkan menerima beberapa jahitan di hidungnya akibat kecederaan itu.

[/sociallocker]

Di akhir statusnya, Tan menggesa orang ramai yang menjadi saksi kejadian sebegitu untuk membantu merakamkan apa yang terjadi supaya pihak polis mempunyai lebih informasi dan bukti bagi membantu siasatan. Betul tu!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.