in

Wanita Warga Emas Ditumbuk 7 Kali Ketika Cuba Dirogol Lelaki Dalam Bilik Air

Elderly Abuse

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dunia sudah semakin tidak selamat. Sesiapa sahaja boleh jadi mangsa rogol walaupun wanita tersebut sudah bergelar warga emas!


Menurut Utusan Online, seorang wanita yang berusia 63 tahun cedera akibat ditumbuk ketika bergelut dengan seorang lelaki yang cuba merogolnya.

Swns Oap Assault 20
gambar hiasan

Kejadian yang berlaku di Kampung Kuala Karai, Enggor ini bermula apabila warga emas yang tinggal seorang diri itu mendapati seorang lelaki telah menceroboh masuk ke dalam rumahnya. Akibat menggigil ketakutan, wanita tersebut telah melarikan diri dengan masuk ke dalam bilik air.

Suspek yang menyedari tindakan wanita itu berang lalu memecah pintu bilik air dan menarik mangsa keluar dari ruangan tersebut. Tanpa rasa belas kasihan, suspek yang berusia 53 tahun itu telah menumbuk wajah mangsa sebanyak tujuh kali hingga cedera mata sebelah kanan. Aduhai! 

Timthumb
gambar hiasan

Mangsa yang lemah tidak berdaya untuk melawan hanya membiarkan suspek melakukan perkara terkutuk itu ke atas dirinya. Suspek dengan berani menanggalkan seluarnya dan seluar mangsa namun tindakannya terbantut selepas mangsa menjerit meminta tolong.

Suspek yang terkejut melarikan diri dari tempat kejadian. Hah padan muka! 

Mangsa yang cedera pula telah dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk pemeriksaan lanjut sebelum dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh.

Manakala suspek yang merupakan penduduk tempatan telah direman untuk siasatan lanjut.

Suspek Rogol
sumber: utusan online

Semoga wanita tersebut cepat sembuh dan pulih dari trauma yang dialami. 

Baca: Warga Emas Korek Kemaluan Kanak-Kanak Berusia Enam Tahun di Tempat Awam di Kuala Terengganu

Warga Mas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.