in

Wanita Viral Sebab Muka Iras Pemain 212 Squid Game, Sekali Dapat Perhatian ‘Tuan Badan’

Ft Player 212

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi yang selalu scroll TikTok, drama bersiri Squid Game di Netflix masih lagi menjadi topik hangat, dipendekkan cerita ada satu video yang menarik perhatian netizen apabila ada seorang wanita Malaysia yang memiliki paras rupa mirip salah satu watak dalam cerita itu.


Watak yang dimaksudkan itu adalah watak pemain 212, Han Mi-nyeo, wanita berambut keriting yang agak loud dan menjengkelkan pada mulanya sehinggalah dia membuat satu tindakan yang membuatkan ramai hargai pengorbanannya. Kalau tak faham, boleh pergi tengok.

 

Kembar 212

Salah satu babak yang menjadi perhatian ada ketika episod ‘potong gula-gula’, ketika pemain lain sibuk memotong gula-gula itu dengan jarum dengan penuh hati-hati supaya tidak dibunuh, pemain 212 menggunakan helah iaitu panaskan jarum dengan lighter dan ia membuatkan dia melepasi permainan tersebut.

Dia menunjukkan kepada pengawal beruniform merah itu dengan penuh riak bahawa dia berjaya melakukannya sebelum memakan gula-gula itu selepas diumumkan dirinya berjaya.

Player 212

Oleh sebab itu, video seorang wanita dari Malaysia cuba buat babak seperti dalam gambar diatas viral kerana paras rupanya saling tak tumpah macam pelakon itu.

@amein_nur_iman

♬ Venom – Music From The Motion Picture – Eminem

Video ini telah meraih 3.7 juta tontonan di TikTok sejak ia dimuat naik pada 4 hari lepas. Memandangkan video ini viral, tidak di duga bahawa tuan empunya badan, Kim Joo-ryoung ada kongsikans emula video ini menerusi IG Story miliknya pada 2 hari lepas.

Biarpun sudah dilupuskan, ada netizen sempat rakam dan kongsikannya di TikTok.

@stella_0204

Sedar ² dah betaubat?#fyppppppppppp

♬ original sound – stella ros – stella ros

Kim Joo-ryung memulakan karier lakonan pada awal 2000 dan mula meraih popularitinya menerusi siri Squid Game sehinggakan jumlah pengikutnya kini meningkat hingga 1 juta di Instagram.

Baca : “Producer punya” – Ada Yang Transfer Duit Ke Nombor Akaun Bank Dalam Squid Game, Rupanya Memang Ada Pemilik

F3 Absq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.