in

Wanita Terperangkap 3 Hari Dalam Restoran Sebab Ada Orang Positif, Dapat Makan Free Sampai Muak

Ft Wanita Stuck Dalam Restoran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biarpun sudah melebihi 2 tahun kes Covid-19 di negara ini, langkah berhati-hati mesti perlu diambil. Seperti yang kita maklum, negara China memang betul-betul akan ambil tindakan tegas jika mereka dapat kesan kes baru di sesebuah kawasan.


Antaranya, satu premis itu akan ditutup serta merta jika ada kes baru walaupun pelanggan masih ada di dalamnya. Salah seorang pelanggan ada kongsikan pengalamannya sepanjang 2 hari ‘terperangkap’ di dalam kedai tersebut.

 

Kedai terus kena tutup, pelanggan semua stuck dalam kedai 

Kejadian ini berlaku pada 18 Mac 2022 lepas, seorang wanita yang dikenali sebagai Wang ada makan malam bersama 4 orang rakannya di sebuah kedai makan berkonsepkan hot pot (buffet) selepas habis kerja kira-kira jam 10.30 pm, lapor sumber.

3 daripada rakannya balik lepas mereka habis makan sementara Wang masih lagi berada disitu bersama seorang lagi kawannya sebab mereka dah lama sangat tak bersua.

Screenshot 2022 03 22 182452

Selepas borak, kira-kira dalam 20 minit, mereka bayar dan terus turun untuk keluar daripada bangunan mereka pergi tu.

Walaubagaimanapun, mereka tiba-tiba dihalang kerana ada pelanggan yang berkunjung ke restoran tersebut positif, disebabkan itu, Wang, rakannya bersama 10 orang pekerja serta 30-40 pelanggan lain makan di situ terpaksa ‘dikurung’.

Sepanjang mereka tinggal disitu, pemilik kedai berbesar hati membenarkan pelanggan-pelanggan yang tinggal di situ makan secara percuma! Bukan itu saja ada juga supper diberikan pukul 3 pagi dan makan tengah hari percuma.

Screenshot 2022 03 22 182507

Mereka duduk disitu selama 2 ke 3 hari, biarpun ianya satu pengalaman yang manis buatnya, Wang mengatakan bahawa dia mungkin dah tak boleh nak ‘masuk’ dengan makanan-makanan ‘hotpot’ lagi.

Screenshot 2022 03 22 182523

Min dapat bayangkan apa yang Wang rasa, kita yang duduk sana dalam sejam pun memang tak boleh makan dan ambil masa berminggu untuk ke tempat yang sama, apatah lagi dia yang 3 hari kena hadap.

Baca : #SaveHaidar Kanak-kanak 9 Tahun Di Afghanistan Jatuh Perigi Sedalam 10 Meter, 2 Hari Terperangkap

Untitled Design 53

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.