in

Wanita Selamba Buang Air Kecil Di Kawasan Parkir Bukit Indah, Guna Pintu Kereta Sebagai ‘Penghadang’

Wanita Buang Air Kecil Di Kawasan Parkir

Jijik dan tiada sivik. Itu yang boleh digambarkan apabila ada segelintir individu yang tanpa segan silu mencemarkan kebersihan di sesuatu kawasan.

Tak dinafikan ada yang mempunyai masalah lemah kawalan buang air kecil tetapi itu bukanlah alasan untuk korang membuang hajat di tempat yang tidak sepatutnya.

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang wanita bertindak membuang air kecil di kawasan parkir berdekatan dengan deretan kedai.

Artikel berkaitan: “Takde adab!” – Netizen Bengang Tengok Wanita Buang Air Kecil Di Bangunan CIQ Johor Bahru

Artikel berkaitan: Tular Video Didakwa Pelancong China Selamba Buang Air Besar Luar Homestay Di Cameron Highlands

Dalam video yang dikongsikan dalam Group 新山Bukit Indah大小事 di Facebook, aksi wanita yang dipercayai membuang air kecil di tempat parkir kereta telah dirakam menerusi kamera CCTV sebuah premis berhampiran.

Siap buka pintu kereta buat ‘penghadang’

Menerusi video berdurasi satu minit itu, wanita terbabit dilihat menuju ke arah keretanya di parkir kawasan terbuka.

Dia kemudian membuka pintu kereta di bahagian pemandu serta penumpang untuk dijadikan sebagai penghadang sebelum mencangkung untuk membuang hajat di situ.

Kelihatan beberapa helai tisu berwarna putih juga diambil di bahagian tempat duduk penumpang.

Tidak lama selepas itu, wanita terbabit terus memasuki keretanya dan beredar dari kawasan itu.

Menerusi rakaman video itu, dipercayai kejadian itu berlaku pada Jumaat lalu (12 April) kira-kira 3.29 petang di sekitar kawasan Bukit Indah, Johor Bahru.

Screenshot 2024 04 18 172001 Screenshot 2024 04 18 172025

Klik di sini untuk menonton video penuh.

Rata-rata netizen yang melihat video terbabit berasa jijik dan kurang senang dengan kelakuan wanita itu kerana telah mencemarkan kawasan terbabit.

Ada yang mempersoal mengapa wanita berkenaan tidak menumpang tandas di premis berhampiran jika sudah tidak tahan untuk membuang hajat.

Kencing Atas Jalan 2

Haih, ingatkan kes macam ni dah takde…

Sumber: Facebook