in

Wanita Sarat Mengandung 9 Bulan Ditangkap Khalwat Bersama 3 Lelaki

Z 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disaat dirinya patut bersedia menantikan saat melahirkan beberapa hari lagi, wanita ini sebaliknya melakukan perkara yang bukan sahaja tidak elok buat ibu mengandung, malah haram di sisi agama Islam.


Seorang wanita yang sarat mengandung sembilan bulan dicekup berkhalwat bersama-sama dengan tiga lelaki di dalam sebuah bilik hotel bajet.

Kejadian dilaporkan berlaku di Jalan Lencong Barat, Alor Setar malam semalam ketika serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK).

Pasangan
sumber: harian metro

Wanita berusia 26 tahun itu dilaporkan hamil anak keenam, dipercayai hasil hubungan sulit dengan salah seorang lelaki yang ditahan berusia 32 tahun. Menurut siasatan, wanita itu dikatakan mengenali lelaki berkenaan sejak tahun lalu, ketika bekerja di kedai pakaian di bandar Alor Setar.

Penolong Pengarah Operasi Bahagian Penguat kuasa Undang-undang Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Mohd Rasydan A Rahman berkata, pihaknya membuat serbuan di hotel bajet sekitar kawasan itu dan mereka ditahan di sebuah hotel bajet pada jam 12.30 malam.

Difahamkan anak wanita itu yang berusia antara dua hingga 12 tahun ditinggalkan dalam jagaan keluarga angkat dan suaminya telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Langkawi pada tahun 2012.

Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Alor Setar sebelum ke pejabat agama daerah untuk diambil keterangan dan dibebaskan dengan jaminan keluarga.

Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat yang sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.

Bila-bila masa Allah boleh tarik nyawa, tak fikir ke….

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.