in

Wanita Sanggup Pecah Masuk Tingkap Masa Banjir Demi Selamatkan Patung Gundam Suami

Cats 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila berlakunya banjir di kawasan perumahan, kebiasaannya penduduk akan menyelamatkan barangan penting seperti dokumen peribadi dan alatan yang mahal. Namun lain pula yang terjadi buat wanita di Yudong, China ini.


Tular sebuah video di laman Weibo yang melihatkan seorang wanita sanggup memecah masuk tingkap rumah sendiri untuk menyelamatkan koleksi patung figura Gundam milik suaminya.

1 17

2 10

Dengan menggunakan sampan getah, wanita tersebut dilihat memenuhkan ruangan yang ada dengan koleksi patung figura yang berjaya diselamatkan olehnya.

Anda boleh tonton video tersebut di sini:

Mungkin anda yang menonton video tersebut tertanya-tanya, mengapa suami wanita tersebut tidak menyelamatkan koleksi patungnya sendiri?

Sebenarnya, suami wanita tersebut tidak reti berenang, membuatkan isterinya sanggup berkorban demi minat suami yang tercinta. Relationship goals?

3 7

Memetik kenyataan Unilad, seorang saksi kejadian ada menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi semasa hari kejadian.

“Berita yang diumumkan kepada kami adalah air tidak akan menaik sehingga ke tingkat dua bangunan, namun secara tiba-tiba paras air meingkat secara mendadak. Lelaki tersebut tidak reti berenang, jadi isterinya berenang melintasi sungai Yangtze dan menyelamatkan patung Gundam”

Pada ketika ini, bahagian selatan China sedang dilanda banjir semenjak bulan Jun lepas, menjadikan ini kes banjir terburuk semenjak kejadian pada tahun 1998.

4 4

Sumber: Unilad

BACA: “Mastercopy, dipercayai telah musnah dalam satu peristiwa banjir” – Ini 5 Filem P.Ramlee Yang Tak Keluar TV

Capture 13

 

 

Sumber: Unilad
Sumber: Unilad
Sumber: Unilad
Sumber: Unilad

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.