Wanita Potong Zakar Kekasih Kerana Mahu Kahwini Gadis Pilihan Ibu Bapa

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Setiap perpisahan pastinya menyedihkan serta mengecewakan. Namun, seorang wanita bertindak di luar kawalan apabila hubungannya bersama pasangan diputuskan oleh lelaki tersebut.

Menurut Daily Mail, insiden berkenaan berlaku di Malapurram, sebuah bandar terletak di Karala, India. Ketika kejadian, lelaki berusia 26 tahun dikenali sebagai Irshad itu bertemu dengan teman wanitanya buat kali terakhir selepas membuat keputusan untuk mengahwini gadis pilihan ibu bapanya.

Gambar hiasan

Teman wanitanya yang berusia 30 tahun itu dikatakan memasang niat untuk membalas dendam terhadap Irshad dalam diam. Oleh itu, semalam dia menjemput Irshad ke sebuah rumah tumpangan di Kattipuram, India sebagai ‘pertemuan terakhir’ selain mempunyai ‘hadiah perpisahan’ buatnya.

Menurut polis, setiba sahaja Irshad di lokasi kejadian, wanita itu terus memotong kemaluan mangsa menggunakan sebilah pisau. Akibat daripada serangan itu, Irshad menjerit sekuat hati mengerang kesakitan. Sakitlah weh!

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Tetamu bersebelahan rumah tumpangan itu dikatakan terdengar suara jeritan Irshad sebelum bertindak membuka pintu bilik dan mendapati mangsa berlumuran darah. Irshad kemudian digegaskan ke Hospital MIMS di Kozhikode untuk menjalani rawatan.

Beberapa gambar dan video menunjukkan Irshad terbaring menerima rawatan di hospital berkenaan tersebar luas di internet dan lelaki itu boleh dilihat masih menunjukkan tanda ‘bagus’ meskipun dalam keadaan menahan sakit.

Sumber: Daily Mail

Merujuk kepada kenyataan rasmi pihak polis, suspek telah pun ditahan dan dibawa ke balai polis untuk disoal siasat. Sebahagian daripada kemaluan Irshad dilaporkan terbelah akibat insiden tragis itu dan telah dibawa ke hospital tempatan namun terpaksa dipindahkan kemudiannya.

Pihak polis enggan mendedahkan maklumat lanjut dan mengatakan bahawa kes masih dalam siasatan.

Sampai macam tu sekali dia balas dendam! Padahal sebelum tu ada perasaan cinta.

Baca: Lelaki Bunuh Perempuan Simpanan Kerana Berang Dibandingkan Dengan Bekas Kekasih

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!