Bila diri dijangkiti wabak Covid-19, siapa saja yang tak panik, kan? Kalau boleh memang kita sedaya upaya cuba untuk menjaga kebersihan termasuklah melakukan sanitasi kepada barang-barang yang sering digunakan seharian.
Walau bagaimanapun, seorang wanita baru-baru ini di TikTok berada dalam kekeliruan apabila dia yang dijangkiti Covid-19 tertanya-tanya sama ada perlu membuang gincu yang baru dipakainya semalam atau tidak.
@mainetaiko legit question guys if y’all know pls lmk!!
Saya sda satu soalan, kalau saya dikesan positif Covid pada pagi ini, adakah saya perlu membuang gincu yang saya pakai semalam semasa saya berada dalam keadaan negatif?” katanya.
“Bergantung lipstick itu dah divaksin atau tak”
Meskipun soalan tersebut adalah soalan yang serius, jawapan yang diperolehi wanita itu melalui komen di TikTok agak melucukan.
Rata-rata netizen memberikan pelbagai cadangan dan antaranya mencadang perkara yang kurang realistik dan bakal buat korang ketawa membacanya.
“Kuarantin lipstick dua minggu”
Namun ada juga di antara jawapan netizen dianggap bijak dan boleh dipakai. Macam contoh kat bawah ni. Mungkin mereka yang pernah positif boleh amalkan.
Kuarantin lipstick dalam masa dua minggu. Lepas tu boleh buat ART (Antigen Rapid Test) ke atasnya. Kalau negative boleh terus gunakan,” kata netizen.
Korang pernah alami situasi yang sama tak? Admin tak adalah sampai overthinking ke tahap tu tapi boleh jugaklah amalkan bagi korang yang positif.