in

Wanita Panik Habis Gara-gara Rambut Ditarik Ungka Dalam Sangkar Ketika Cuba Nak Selfie

F1 Ouu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas, tular di media sosial sebuah video di mana seorang lelaki panik apabila kakinya ditarik erat oleh orang utan dalam sangkar ketika dirinya melawat sebuah zoo.


Kali ini, berlaku lagi kejadian yang hampir sama iaitu seorang wanita cemas apabila rambutnya ditarik oleh seekor ungka ketika dia cuba untuk selfie dengan haiwan berkenaan.

Video berkenaan telah dikongsikan oleh akaun Instagram fakta.indo dan telah mendapat pelbagai reaksi oleh orang ramai.

Kejadian itu difahamkan dipercayai berlaku di sebuah zoo di Indonesia.

Dalam video yang berdurasi selama 14 saat itu, dapat dilihat wanita yang memakai kemeja merah berkenaan berdiri rapat di depan sangkar kerana mahu berswafoto.

Photo 2022 06 11 10 21 59

Namun, ketika dirinya membelakangi sangkar ungka itu, haiwan tersebut kemudiannya pantas menarik rambutnya. Kejadian itu sempat dirakam oleh pengunjung zoo yang lain.

Photo 2022 06 11 10 22 01

Video itu telah meraih pelbagai reaksi daripada netizen di mana rata-ratanya dilihat terhibur. Ada yang bergurau kata mungkin ungka tu nak pinjam getah rambut.

Selain itu, ada juga yang berpendapat mungkin ia tertarik dengan kecantikan wanita itu.

Apa-apa pun, min rasa korang kalau pergi zoo, kena sentiasa kekalkan jarak selamat dengan haiwan. Elakkan daripada berdiri terlalu rapat dengan sangkar dorang.

Takut pulak kalau cedera ke apa kan.  

Baca: “Kan dah mendapat”- Gara-gara Masuk Kawasan Larangan, Lelaki Gelabah Baju Ditarik Orang Utan

Ouu 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.