in

Wanita Nak Beri Rendang & Lemang Kepada Orang Bujang di Daerah Gombak Yang Tak Balik Kampung

Cats 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peka dengan keadaan Covid-19 yang semakin meningkat di negara kita, kerajaan tidak membenarkan pergerakan rentas daerah dan negeri untuk mengelakkan penularan wabak pandemik ini.


Memahami kesedihan tak dapat pulang ke kampung, wanita ini berkongsi idea untuk menceriakan sambutan Aidilfitri tahun ini kepada anak-anak bujang di daerah Gombak.

 

Bagi percuma rendang ayam dan lemang

Menerusi satu tweet yang dimuat naik oleh Umu Habibah pada 4 Mei lalu yang mendapat lebih 6 ribu retweet dan lebih 7 ribu likes, wanita ini berniat nak beri rendang ayam dan lemang kepada individu bujang yang tidak tinggal bersama keluarga di daerah Gombak dan tidak dapat balik beraya tahun ini akibat sekatan rentas negeri.

“Boleh DM saya alamat dan nombor telefon.”

Wanita ini bercadang untuk hantar sendiri ke rumah mereka pada malam raya nanti. Bestnya ada orang nak kasi free makanan siap hantar sampai rumah lagi tau.

 

Dah masuk tahun kedua

Idea ini yang dinamakan ‘projek rendang dan lemang’ dibuat untuk mengubat rindu anak perantau terhadap air tangan ibu tercinta mereka di kampung. Menangis air mata syawal sambil makan rendang pagi raya nanti.

Menurut mStar, Rafiqah Umu Habibah berkata yang projek ini sebenarnya sudah dimulakan sejak tahun lalu waktu umat Islam merayakan Aidilfitri dalam suasana PKP.

Capture 25

“Kiranya, ini merupakan tahun kedua saya buat projek ini sebab kita masih raya dalam suasana PKP lagi.”

Tahun lepas, dia siap hantar sampai Shah Alam dan Subang sebab waktu itu tiada sekatan rentas daerah. Memandangkan dia tinggal di Selayang, so, dia cuma boleh bagi dekat orang dalam daerah Gombak sahaja.

 

Tak sangka permintaan tinggi

Lebih mesra dipanggil Umu, dia tidak menyangka yang permintaan tahun ini agak banyak berbanding tahun lepas. Berikutan permintaan yang terlalu tinggi, Umu terpaksa mengehadkan jumlah dan terpaksa minta maaf awal-awal kepada mana-mana pihak yang tidak sempat.

“Bukan apa, saya buat penghantaran malam raya saja. Takut nanti masa tak cukup dan terkejar-kejar.”

Capture 26

Umu berharap dengan pemberiannya tahun ini dapat menggembirakan mereka yang hanya mampu raya di perantauan jauh dari keluarga.

“Bila baca DM mereka, ada yang raya seorang, ada yang raya dengan housemate…cukup buatkan saya sedih.”

Makan rendang pagi raya sambil dengar lagu Air Mata Syawal confirm meleleh air mata tak cukup tisu.

 

Sumber: mStar, Umu Habibah

Baca:Pelajar IPT Yang Berada Di Lokaliti PKPD Tak Boleh Balik Beraya Aidilfitri

Capture 24

Sumber: mStar
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.