in

Wanita Maut, Suami Tidak Sengaja Terlanggar Ketika Sedang ‘Reverse’ Kereta

F3 Kereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita berusia 59 tahun meninggal dunia selepas suaminya secara tidak sengaja terlanggar wanita itu ketika sedang mengundur kereta di depan rumah mereka di Taman Selasih, Kulim semalam.

Memetik laporan Astro AWANI, difahamkan, lelaki yang berusia 60 tahun itu tidak menyedari kehadiran isterinya di belakang kenderaan itu ketika mengundurkan kereta jenis Proton Saga tersebut.


Tambahan pula, ketika kejadian, hujan turun dengan lebat dan keadaan itu mengakibatkan pandangan lelaki itu terhad.

Reverse Kereta 1

Menurut siasatan awal pihak polis, mangsa yang maut di tempat kejadian sebelum kejadian telah keluar dari kereta kerana tertinggal barang di dalam rumah.

Superintendan Mohd Redzuan Salleh yang merupakan Ketua Polis Daerah Kulim berkata, lelaki berkenaan telah tertekan pedal minyak ketika mengundur kereta lalu terlanggar isterinya yang berada di tepi sebelah kiri.

Dia juga melanggar sebuah kereta Myvi yang diparkir di hadapan sebuah rumah.

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Semoga keluarga mangsa tetap tabah dalam menghadapi ujian ini. 

Sumber: Astro AWANI

Baca: Tragedi Menjelang Aidilfitri: Tunggu Anak Cucu Tak Kunjung Tiba, Rupanya Maut Kemalangan

Bapa Tunggu Anak Cucu

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.