Siapa pernah panaskan semula makanan yang tak habis? Sama la macam min, tapi tak ada siapa sangka ia boleh bawa kesan buruk macam ni.
Seorang wanita di Thailand dikatakan telah mengalami keracunan makanan selepas menikmati popia yang telah dibeli 3 hari lepas.
Pada awalnya mangsa dikatakan menikmati popia yang telah dipanaskan bersama suaminya sebelum dikatakan mengalami sakit perut dan meluru ke tandas.
Selepas satu jam, suaminya mula pergi ke tandas untuk memeriksa keadaan isterinya sebelum menemuinya dalam keadaan terbaring di lantai bersama muntahnya lapor International Business Times
1 jam terbaring dalam tandas! Nasib baik suami dia check juga!
Namun mangsa disahkan maut di tempat kejadian oleh pihak hospital.
Mangsa dikatakan mengalami dihidrasi setelah cirit-birit dan muntah- muntah yang berterusan.
Korang lepas ni jangan simpan sangat makanan tak habis tu, make sure habis on time, sebab makanan dah masak jangka hayat tak lama, okay?