in

Wanita Kongsi Cerita Tindakan yang Diambil Ketika Lalui Pengalaman Menakutkan Menaiki Uber

Uber1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua tahu ianya tidak sukar untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain di Malaysia, meskipun anda tidak mempunyai kereta. Perkhidmatan seperti Uber dan Grab sememangnya sangat memudahkan hidup masyarakat tempatan dan pelancong untuk ke satu destinasi.


Uber2
gambar hiasan

Baru-baru ini, seorang wanita dari Singapura datang ke Malaysia dan menggunakan perkhidmatan Uber bersama kakaknya. Namun, menurut wanita itu yang dikenali sebagai Zi Qing Wong, perjalanannya pada hari itu merupakan satu pengalaman menakutkan.

Zi berkongsi kisahnya di Facebook pada 7 April lalu dan mendapat perhatian ramai netizen.

Kira-kira jam 6 petang semalam, saya menaiki Uber bersama kakak dan bersembang jadi kami tidak perasan dengan jalan yang dilalui pemandu itu. Tetapi kami tahu dia mengikut jalan belakang untuk elak kesesakan trafik.

Pemandu itu di dalam usia pertengahannya dan saya nampak pemandu itu pandang beberapa kali melalui cermin. Dia nampak mencurigakan tetapi saya tidak mempedulikannya sangat.”

Makin jauh perjalanan, wanita itu menyedari bahawa jalan yang dilalui semakin sunyi dan jauh. Perkara itu membuatkannya jadi berwaspada namun dia memilih untuk kekal tenang dan memberitahu keluarganya informasi tentang pemandu berkenaan.

“Saya hubungi abang ipar untuk memberitahunya situasi yang berlaku dan memintanya untuk membuat laporan polis. Abang ipar saya menyuruh saya untuk beritahu pemandu itu bahawa dia sudah mahu membuat laporan polis, kecuali jika dia keluar dan memandu ke arah jalan utama, dan saya menghubungi ahli keluarga.”

Uber3
gambar hiasan

“Dengan segera, saya beritahu pemandu itu bahawa dia melalui jalan yang salah dan memintanya untuk keluar dari kawasan itu menuju ke jalan utama kerana ahli keluarga sudah bimbang mengenai saya dan mahu membuat laporan polis.

“Saya beritahu dia bahawa saya tahu jalan mana perlu dilalui sebaik sahaja dia pandu keluar ke jalan utama. Pada ketika itu, tangan saya sudah menggeletar, tetapi saya memegang payung dan bersedia menggunakannya sebagai senjata. Sementara kakak saya pula memegang sudu besi, kerana itu sahaja yang ada padanya.”

“Sebaik sahaja mendengar arahan saya, pemandu itu tidak marah sebaliknya terus membuat pusingan U. Pada ketika itulah, saya ternampak tiga lelaki sedang menunggu di tepi jalan. Saya terus berfikir, “Jika mereka adalah rakan yang bersekongkol dengannya, habislah kami.’ Namun, nasib baik ianya tidak benar.”

Sampai di kawasan perumahan dan rumah kedai, Zi dengan segera meminta pemandu itu berhenti untuk keluar dari kenderaan tersebut.

Uber4
gambar hiasan

Pada ketika keluar dari Uber, waktu ketika itu menunjukkan jam 7.30 dan kebiasaannya perjalanan untuk sampai ke rumah memakan masa 40 minit sahaja. Saya sudah biasa menaiki Uber jika berseorangan dan beranggapan ianya selamat tetapi selepas pengalaman ini, saya rasa saya akan menaiki bas jika tiada teman. Insiden itu membuatkan saya lebih berwaspada dan bersyukur sangat, kami sampai di rumah dengan selamat.”

Disebabkan itu, Zi turut berkongsi beberapa tips untuk melindungi diri bagi wanita di luar sana jika berada di dalam situasi sebegitu.

1. Pastikan anda sentiasa kongsi lokasi dengan rakan-rakan serta keluarga jika keluar berseorangan.
2. Pastikan telefon bimbit anda aktif supaya dapat hubungi sesiapa untuk minta pertolongan.
3. Sentiasa peka dan berwaspada dengan keadaan sekeliling. Jangan hanya tertumpu kepada perbualan atau leka dengan telefon bimbit.
4. Jika merasakan sesuatu tidak kena, segera minta pemandu berhenti dan turun di lokasi yang mempunyai ramai orang.
5. Hubungi keluarga dan rakan-rakan untuk pertolongan secepat mungkin.
6. Bersikap tegas dengan pemandu seperti bercakap dengan nada yang sangat serius ‘Berhenti sekarang!’ atau ‘Patah balik!’, kerana adakalanya mereka mungkin berasa ragu-ragu.
7. Sentiasa kekal tenang dan jangan mudah panik.
8. Jika boleh, minta rakan-rakan atau keluarga untuk menjemput anda meskipun adakalanya ia agak menyusahkan mereka, Tetapi mereka harus membantu anda di saat anda memerlukan.
9. Pelajari ilmu pertahankan diri.

Sentiasa berwaspada okay semua!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.