Lumrah dalam perkahwinan, pasti ada dugaan yang harus diharungi oleh pasangan suami isteri dan ianya akan menjadi lebih sukar apabila melibatkan campur tangan keluarga sendiri ataupun mentua.
Oleh sebab itu, ada segelintir pasangan mengambil keputusan terakhir untuk berpisah.
Semalam, tular di TikTok satu video yang dimuat naik oleh Maudy memaparkan seorang wanita menceritakan kisah hidupnya dalam sebuah majlis ceramah bersama Ustaz Hanan Attaki.
@itsmemaudy Kak aku pikir jalan hidupku sudah hancur, ternyata ada yg lebih hancur lagi dariku. Semoga kebaikan selalu menyertaimu ka. Sending virtual hug buat ka shaleha, terimakasih banyak sudah share pengalaman nya salam buat adik Gaza 🥹🤗 #Sharingtime #sharingtimeayahamanah #sharingtimeustadzhananattaki
Perkahwinan pertama dibatalkan
Pada mulanya, wanita yang bernama Azarin Sherin Nur Syafa atau lebih mesra dipanggil Sherin telah mengenali seorang lelaki yang disifatkan soleh kerana menghormati kedua-dua orang tuanya.
Sehinggalah pada tahun 2021, lelaki itu bertemu dengan ibu Sherin untuk melamar dan mereka merancang untuk bernikah.
Pada Februari 2022, pernikahan mereka terpaksa dibatalkan kerana keluarga bakal suami yang tidak merestuinya. Walau bagaimanapun, Sherin tidak berputus asa berdoa kepada Allah agar lelaki tersebut menjadi suaminya.
Kemudian pada bulan Julai 2022, mereka akhirnya telah disatukan dan dikurniakan cahaya mata lelaki yang diberi nama Ahmad Gaza Khairuman.
Artikel berkaitan: Ibu Mentua Sihir Menantu Sampai Lumur Darah Haid Sebab Tak Restu Perkahwinan?
Artikel berkaitan: Sering Beri Layanan Buruk Kepada Arwah Suami, Wanita Dedah Ibu Mentua Terima ‘Kifarah’ Di Hujung Usia
Suami abai nafkah, lebihkan keluarga sendiri
Sepanjang perkahwinan, Sherin berusaha memahami masalah kewangan yang dialami oleh keluarga mentua sehingga dia reda suaminya mengutamakan wang untuk ibu bapa sedangkan nafkah untuk dirinya terabai.
Dengan pengorbanannya itu, Sherin menyangkakan hubungan keluarganya semakin baik namun pada 16 Jun lepas, suaminya melafazkan cerai ketika anak mereka baru berusia empat bulan.
Suasana dalam dewan majlis itu bertukar hiba sehinggakan Ustaz Hanan menitiskan air mata.
Rata-rata netizen di ruangan komen turut berkongsi rasa sedih dan bersimpati dengan ujian yang menimpa Sherin.
Sumber: TikTok