in

Wanita Kena Tipu Dengan ‘Angkasawan’ Demi Cinta, Diminta Bayar RM140,000 Untuk Balik Ke Bumi

unnamed file 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ini, terlalu banyak sindiket penipuan yang telah berleluasa bak cendawan tumbuh selepas hujan. Pelbagai taktik yang dilakukan untuk menjerat mangsa-mangsa tersebut demi kepentingan diri mereka sendiri.

Pihak yang terbabit dengan sindiket ini juga menyebabkan ramai mangsa yang rugi dan terkesan teruk dan ada juga berasa tertekan dengan nasib mereka. Mana taknya, habis hangus beratus ribu duit kena tipu dengan mereka-mereka ini.


Seperti baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan seorang wanita yang berkongsi pengalaman telah ditipu dengan seorang lelaki yang dikenali di atas talian dan telah merugikan sejumlah wang simpanannya.

Terlalu angau bercinta, wanita rugi RM140,000 sebab kena tipu dengan angkasawan palsu

Seorang wanita warga emas yang berumur 65 tahun di Jepun berasa terkejut apabila ditipu oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai angkasawan Rusia. Perkara tersebut berlaku kerana wanita itu telah dikatakan sedang angau bercinta bersama lelaki yang dikenalinya di atas talian.

pexels juan pablo serrano arenas 1161268

Menurut Harian Metro, lelaki itu dipercayai telah ‘memancing’ wanita terbabit dengan meminta pelbagai pertolongan sepanjang mereka bercinta sehingga suspek berjanji untuk mengahwininya.

Mereka difahamkan telah berkenalan menerusi Instagram pada Jun yang lalu dan kerap berinteraksi melalui aplikasi Line. Suspek juga ada memaklumkan yang dia akan memulakan hidup baru di Tokyo.

“Saya mahu memulakan hidup saya di Jepun dan sudah pasti 1,000 kali tidak akan mencukupi untuk mengatakannya saya menyayangi kamu.”

Suspek terperangkap di angkasa dan ingin balik ke bumi

Menurut wanita itu juga, lelaki itu mendakwa dia kini terperangkap di angkasa dan ingin balik ke bumi namun memerlukan kos yang tinggi untuk membayar yuran pendaratan.

Screenshot 2022 10 13 at 4.57.36 PM

Dalam pada itu, angkasawan palsu itu turut mendakwa dirinya berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dan memberi beberapa gambar di ruang kapal ke laman Instagramnya dalam usaha untuk menjerat mangsa.

Dia juga telah berjanji untuk berkahwin dengan wanita tersebut sesudah sampai ke bumi dan memintanya untuk membayar yuran pendaratan dan kos penggunaan roket untuk mendarat di bumi.

Oleh sebab itu, wanita yang enggan dikenali kemudian mengeluarkan wang yang dikehendaki itu untuk memastikan kekasihnya selamat mendarat di Jepun.

Difahamkan dia telah mengeluarkan wang berjumlah 4.4 juta yen (RM140,000) menerusi lima transaksi bermula 19 Ogos hingga 5 September lalu.

Bagaimanapun, lelaki tersebut terus meminta lebih banyak wang menyebabkan wanita itu mula curiga. Laporan polis kemudian telah dibuat oleh wanita itu dan kes disiasat dengan segera sebagai kes penipuan.

Orang kata bila dah angau bercinta memang sanggup korban apa saja demi kekasih hati. Betul tak?

Baca: ”Rugi 26k” – Pengantin Scam Katering Order Dua Ekor Kambing Golek Tapi Bayar Pakai ‘Cek Tendang’

Screenshot 2022 10 13 at 4.51.55 PM

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.