in

Wanita Ini Terkejut Didatangi Lelaki Yang Tiba-tiba Beronani Di Hadapannya

Onani 2
Lobak Merah
Lobak Merah
Wanita Ini Terkejut Didatangi Lelaki Yang Tiba-tiba Beronani Di Hadapannya
Loading
/

Sejak akhir-akhir ini, kes yang melibatkan gangguan seksual terhadap wanita kian menjadi-jadi. Yang terbaru, seorang wanita telah dikejutkan dengan kelakuan seorang lelaki yang tiba-tiba datang ‘beronani’ di hadapannya.

Melalui status yang dikongsikan di laman Facebook, wanita yang dikenali sebagai Qing Wclee menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku di tempat letak kereta sebuah pusat membeli belah di Kota Kinabalu.

sumber: forum cari

“Baru saja berlaku pada pukul 4.52 petang tadi di tingkat 3 tempat meletak kereta Megalong. Bila saya masuk saja ke dalam kereta (saya ada habit untuk terus menguncikan pintu selepas masuk ke dalam kereta), tiba-tiba lelaki ini datang beronani di hadapan saya. Tolong berhati-hati semua. Patutkah saya membuat laporan polis?”

Dalam rakaman video yang berdurasi 20 saat itu, ia jelas menunjukkan seorang lelaki sedang ‘beronani’ di hadapan mangsa sebelum dia lari ke pintu belakang kereta apabila menyedari aksi terkutuknya sedang dirakam.

Pervert Caught On Camera Masturbating In Parking Lot Of Malaysian Shopping Mall World Of Buzz
sumber: sabah fb

Lelaki itu cuba membuka pintu belakang kereta, namun dia akhirnya melarikan diri apabila wanita tersebut membunyikan hon yang panjang untuk menarik perhatian orang di sekelillingApa masalah lelaki ni sebenarnya?

Pervert Caught On Camera Masturbating In Parking Lot Of Malaysian Shopping Mall World Of Buzz 2
sumber: sabah fb

Perkongsian tersebut telah mencetuskan kemarahan netizen dan ada juga yang mengaku kejadian seperti ini bukanlah kali pertama berlaku di situ.

“Lelaki yang sama, berlaku pada tingkat yang sama cuma ia terjadi dalam pukul 7.00 malam.

Kebanyakan netizen menasihati mangsa untuk membuat laporan polis dengan secepatnya, malah ada juga yang bercadang untuk memberi lelaki tersebut pengajaran yang sepatutnya jikalau mereka bertembung dengan suspek di mana-mana.

Girls, walau di mana anda berada berhati-hati ya! Yang paling penting, jangan lupa kuncikan pintu selepas masuk ke dalam kereta. Bahaya ada di mana-mana…

Tonton video di bawah: