in

Nak Kejar Laillatulqadar Tapi Period? Ini Apa Yang Wanita ‘Uzur’ Boleh Lakukan Menurut Mufti

Collage

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bulan Ramadan merupakan bulan yang paling dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di dunia. Macam yang korang tahu, malam semalam telah bermulanya 10 Ramadan terakhir dan ia merupakan peluang untuk meningkatkan ibadah dan amalan kita.

Namun begitu, untuk kebanyakan wanita, mereka tak dapat nak menunaikan puasa penuh di bulan Ramadan dan ada juga yang kecewa bila haid datang lebih-lebih lagi pada saat seperti sekarang.


Mana tidaknya, Rasulullah SAW sendiri menganjurkan umatnya untuk menghidupkan malam 10 ramadan dan mencari lailatulqadar. Tapi jangan risau, hanya sebab korang period, tak bermakna korang tak boleh nak dapat benefit macam orang lain yang berpuasa.

Jadi, kalau nak tahu apa yang korang boleh buat sekiranya datang bulan ketika ramadan, jom baca penjelasan mufti dekat bawah ni.

Boleh ke wanita dalam haid mengaji Al-Quran?

Membaca Al Quran

Untuk pengetahuan korang, ada beberapa pendapat dari ulama mengenai perkara ini, antaranya:

Kebanyakan ulama berpendapat bahawa haram bagi wanita dalam haid atau dalam keadaan junub untuk membaca atau mengaji Al-Quran.

Ini kerana, terdapat satu hadis dari Ibn Umar RA di mana Rasulullah SAW bersabda:

لاَ تَقْرَأ الْحَائِضُ وَلاَ الْجُنُبُ شَيْئًا مِنَ الْقُرْآنِuzur

“Wanita yang berhaid dan juga wanita yang junub itu janganlah membaca sedikitpun dari Al Quran”

Sunan al-Tirmizi (131)

Namun begitu, hadis ini dikatakan daif kerana menurut beberapa ulama beberapa riwayat adalah dari Ismail bin Ayyasy dari Hijaz dan riwayat dari mereka adalah dhaif.

Manakala ulama Malikiyyah berpendapat, bahawa wanita dalam haid dibenarkan untuk memegang Al-Quran dan juga turut dibenarkan untuk membacanya bagi tujuan mengajar dan belajar.

Tapi keringanan ini hanya diberikan kepada wanita dalam haid dan bukan wanita di dalam keadaan junub. Sebab kenapa wanita dalam haid dibenarkan untuk membaca Al-Quran adalah kerana takut mereka lupa ayat yang telah dihafal.

Amalan yang boleh dilakukan untuk tingkatkan amalan semasa dalam haid

Jangan Lewatkan Ini Keutamaan Sedekah Di Bulan Ramadan

1. Banyakkan sedekah dan derma

Memberi sedekah dan derma pada bulan Ramadan akan diberikan pahala yang banyak dari Allah SWT. Lebih-lebih lagi, tak ada syarat mengatakan orang yang mahu menderma perlu berada dalam keadaan suci. Jadi, wanita yang sedang datang haid masih akan mendapat ganjaran jika menderma mengikut kemampuan.

2. Banyakkan doa dan zikir

Untuk wanita di dalam haid, mereka digalakkan untuk berdoa dan berzikir ketika bulan ramadan. Malah daripada Aisyah RA, bahawa beliau bertanya Nabi SAW:

يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ وَافَقْتُ لَيْلَةَ الْقَدْرِ مَا أَدْعُو قَالَ تَقُولِينَ اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

“Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar maka apa yang sepatutnya aku ucapkan. Nabi SAW bersabda: Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.”

Sunan Ibn Majah (3850)

3. Beri atau sediakan makanan untuk orang berpuasa

Unnamed

Wanita yang sedang dalam haid juga boleh menyediakan dan memberikan makanan kepada orang berpuasa. Perbuatan ini mempunyai ganjaran yang sangat besar dan menurut hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid al-Juhani RA, di mana Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.”

Sunan al-Tirmizi (807)

Tambah lagi, Imam Izzuddin al Izz bin Abd al-Salam memberitahu antara kelebihan menyuap orang berpuasa ialah, sesiapa yang berikan makanan kepada 36 orang yang berpuasa sepanjang tahun maka dia akan diberikan ganjaran puasa selama setahun.

Ini kerana, setiap perbuatan dan amalan baik seseorang itu, ganjarannya akan digandakan kepada 10 seperti sabda Allah SWT:

مَن جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا

“Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya.”

Surah al-An’am (160)

Jadi, walaupun ada beberapa amalan yang tak boleh dilakukan oleh wanita dalam haid, ini tak bermakna peluang untuk mengejar dan mendapatkan ganjaran di bulan Ramadan tertutup. Jom sama-sama kita cari lailatulqadar!

Sumber: muftiwp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.