Lain orang, lain cara yang diorang buat untuk jimatkan duit. Wanita ini juga begitu, cuma cara yang dilakukannya tak ramai yang boleh follow. Mungkin ada juga yang kata cara dia ni dah jatuh kategori ekstrem.
Becky Guilles, 41, sebelum ini mempunyai pekerjaan sama seperti orang lain. Pun begitu, wanita yang mempunyai dua orang anak ini memilih untuk meninggalkan pekerjaannya dengan gaji £25,000 untuk menjadi suri rumah tangga sepenuh masa.
Kata Becky, setelah dia melahirkan anak pertamanya, George, dia memilih untuk berhenti bekerja kerana mahu berada di rumah bersama anaknya.
“Jika dulu saya bekerja untuk kumpul duit, sekarang saya berusaha untuk menjimatkan duit,” katanya.
Jelas Becky lagi, pada tahun pertama dia melakukan teknik penjimatannya, dia berjaya mengurangkan pembelanjaan hampir sama dengan jumlah gajinya yang dahulu.
Becky tinggal bersama suaminya, Jay, 39, dan dua anak lelaki mereka, George, 7, dan Colden, 4. Kisah keluarga wanita ini dipaparkan dalam rancangan televisyen TLC bertajuk So Freakin’ Cheap.
Repair & decorate rumah semua buat sendiri
Terang Becky, pelbagai cara dilakukannya untuk menjimatkan wang. Antaranya adalah menggunakan surat khabar untuk penebatan. Malah, untuk mendekorasi kediamannya, Guilles mengaku dia menggunakan kertas dinding yang dijumpai di dalam tong sampah.
Tidak cukup dengan itu, Guilles juga mendedahkan dia tak mahu membayar untuk air. Disebabkan itu, keluarga ini mengumpul salji di luar rumah untuk membersihkan diri.
Selain itu, ibu ini juga berkata dia akan meminta suaminya membayar harga makanan jika lelaki itu makan lebih daripadanya.
“Kalau kami memesan mozzarella sticks dan saya makan tiga daripadanya dan isteri saya hanya makan satu, saya perlu bayar 75 peratus kos makanan,” kata Jay.
Sementara itu, Becky dilaporkan menggelar dirinya ‘ibu paling kedekut di dunia’. Wanita terbabit juga mendedahkan dia rela menggosok giginya dengan menggunakan salji. Malah, dia membasuh pinggan mangkuk di rumahnya bersama baju di dalam mesin basuh untuk menjimatkan wang.
Sumber: Mirror
Baca: “Next level kedekut” – Kenali Jutawan Yang Sanggup Makan ‘Cat Food’ Untuk Berjimat, Pisau Pun Lap Je