in

Wanita Ini Beritahu Kenapa ‘Light Sensation’ Tidak Seperti Yang Anda Bayangkan

1 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti semua dah tahu tentang Light Sensations yang berlangsung di MAEPS, Serdang kan? Pada awalnya, pertunjukan cahaya terbesar di Malaysia itu bermula 7 September hingga 17 September. Tapi kerana sambutan yang sangat luar biasa pihak pengurusan membuat keputusan untuk extend sehingga 1 Oktober 2016.


Lampu1

Tapi ramai tidak tahu apa cerita di sebalik sambutan yang menggalakkan itu. Di sini kami nak share, luahan seorang wanita yang sudah merasa pengalaman menjejakkan kaki ke pertunjukan itu.

Pengalamannya beliau share di thread message di Twitter. Menurut Azra Rahman, ini sebab kenapa korang tak perlu pergi ke pertunjukan itu.

Azra

1) Parking jauh & berbayar (RM5) Parking jauh. Dia ada provide shuttle bus. But you taknak waste time tunggu shuttle sebab beratur panjang.

2) Parking jauh, option yang you ada, jalan kaki dalam 15 minit untuk ke lokasi event. Luckily ada banyak orang jual aiskrim so tak kisah sangat lah.

3) Lucky for us sebab dah beli tiket dekat 7E, so kitorang tak payah sesak nak beli tiket. Sampai je terus dapat wristband & boleh masuk terus.

4) Nak masuk memerlukan pendakian (note that kitorang dah peluh jalan 15 minutes long) & nak mendaki lagi. Ahh demi lampu LED aku gagahkan!

5) Entrance dia ada banyak la tempat-tempat cantik untuk korang photoshoot. But I pass this one. Malas nak tunggu turn. Lol.

6) Aku ada beli air mineral sea master yang berharga RM3, wow dah saing-saing TGV dah. Kahkah

7) Bila sampai dekat tempat bunga-bunga LED tu, hurm, kita cuba cari tempat yang boleh selit-selit nak amik gambar (sebab ramai orang ok)

8) Struggle dia of course lah lighting nak selfie. Kena ada support 2nd handphone untuk kasi lighting. Bukak flashlight ok!

9) Ada lah dalam 10-15 selfie pastu aku bosan dah. Sebab ramai orang kiri kanan aku. So aku pergi lah dekat tempat ferris wheel tu sebab nak naik.

10) Sampai dekat ferris wheel tengok beratur panjang. Kena bayar RM6 sorang. So aku murung. So amik ni je buat kenangan.

Lampu2

11) Lepas tu I decide we are done. Nothing much. Nak makannn! So kitorang serbu food truck dekat bawah tu.

12) Jalan lah cari makanan. Banyak chinese food je. Sampai lah satu kedai ni jual soda. Aku teringin nak minum walau RM8 each.

13) Sebelah kedai tu ada jual fishball nugget goreng-goreng whatever. Aku amik 2 cucuk. Sekali bro tu cakap RM6 total.

14) Ijat cuba positif dan cakap sewa tapak mahal kot. But still. Hurmmmmm RM3/cucuk goreng-goreng is too much. Khabarnya kebab macam pasar malam RM8!

15) Then we’re done. Pergi cari surau. Surau sementara is okay. Ada aircond. Cuma wudhu’ kena amik dekat toilet.

16) Nak balik ke parking, I saw few elderly duduk amik nafas sebab tak larat jalan dah. Serius kesian weh.

17) So ingat balik nak amik shuttle bas ke parking lot sebab malas jalan. Dah hmm tired. Siuttt lagi panjang dari nak pergi!!!

18) So aku dengan ijat tak larat nak tunggu. Kitorang jalan lagi.Sepanjang jalan, nampak orang tua rehat, amoi tak larat jalan sebab pakai heels, macam-macam lagi

19) Moral : Event ni overatted. Dan aku habiskan RM62 for this. RM32 tiket (for 2) RM5 parking RM3 mineral RM6 nugget RM16 soda

20) Kalau rasa nak pergi jugak, pergi dengan pakwe/kawan jelah. Takyah seret mak ayah, anak buah semua. Kesian jalan jauh tnggu lama.

21) Pakai comfortable clothes & shoes. Serius sebab jalan jauh dan mendaki.

22) Kalau boleh putar masa, aku taknak pergi. Tak worth it. Apa pun event ni berjaya sebab confirm asyukkk gila penganjur.

23) Tengok muka penuh harapan orang nak datang siap dukung anak stroller pejadah, aku terus jatuh kesian masa otw balik. Mesti susah nanti

24) Anyway, kalau korang easy going dan nak enjoy the scenery, pergilah. Aku tak halang pun. Cuma bagi what to expect dan things to do.

25) Mungkin thread ni boleh membantu dan menyelamatkan your money on unnecessary. But still kalau nak chill out, have fun!

26) Pesanan utk penganjur : Kerapkan frekuensi shuttle (priority org tua dan baby), harga tiket kasi turun, pantau harga makanan dekat vendor-vendor.

Light1 Maeps1

Light2
Kredit : Syahrul Zaman

Apa pun wanita ini tidak ada niat untuk memburukkan pihak pengurusan, sekadar berkongsi pengalaman dengan mereka yang belum pernah pergi. Bagus juga, siapa tahu ia memberi kebaikan kepada ramai orang.

So, terima kasih! 😀

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.