Rasa berderau apabila menonton video yang kini tengah tular di Indonesia ini, video tersebut memperlihatkan seorang wanita berhijab membuat video mukbang bersertakan satu ‘tutorial’ yang mengundang reaksi kurang senang netizen.
Wanita tersebut menunjukkan seorang wanita makan mee bersertakan daging babi dan mendakwa daging tersebut, hukumnya boleh berubah menjadi halal jika amalkan ‘petua’ yang dia ajarkan ini iaitu membaca bismilah diiringai dengan surah Al-fatihah sebelum memakannya.
Dakwa baca Al-fatihah sebelum makan babi boleh jadi halal
Perempuan stres! kah ?
Entah apa maksud perempuan dgn akun tiktok (Dewi Bulan) ini, mempraktekan makan daging babi dgn membaca ayat² Alquran. pic.twitter.com/OALF8knTvO— Sur Chy (@ChyanaSurdin) August 23, 2023
Ia telah mengundang kemarahan orang ramai dan ada juga yang kurang pasti samada wanita ini hanya sekadar mahu membuat konten lucu ataupun memang berniat untuk melakukannya.
Apapun, perbuatannya ini telah membuatkan ramai marah. Malahan, berdasarkan pemantauan kami, video ini telahpun dipadamkan.
Harap perkara ini dapat dibendung dan ada pihak-pihak tertentu segera ambil tindakan.
Baca : [VIDEO] Kenapa Islam Larang Makan Babi? Mualaf Kongsi Jawapan Terbaik Jika Disoal Non Muslim