in

Wanita Ditipu Sindiket Pelaburan Forex Hingga Hubungan Bersama Keluarga Porak Peranda

Page1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nota: Gambar di atas adalah untuk tujuan ilustrasi semata-mata.


Hidup seseorang pastinya menjadi huru hara selepas menjadi mangsa penipuan yang menyebabkan mereka rugi sejumlah wang yang banyak.

Namun bagi seorang wanita berusia 45 tahun dari Sungai Koyan, Lipis ini, hidupnya bukan sahaja huru-hara kerana ditipu sindiket, tetapi hubungannya bersama keluarga turut menjadi porak peranda.

Menurut wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Zana, September tahun lalu dia berjumpa dengan seorang wanita yang mendakwa dirinya ketua pelaburan Forex.

F3
sumber: modest money

Zana dikenalkan kepada wanita berusia 30-an itu oleh rakannya yang mengajak bertemu wanita tersebut di rumahnya di Kajang. Dia kemudian diyakinkan oleh wanita itu bahawa pelaburan Forex akan memberikannya pulangan berlipat kali ganda.

Zana pada mulanya akui berasa berat hati untuk turut serta dalam peraburan itu.

Saya mulanya berat untuk masuk pelaburan itu kerana memikirkan bermacam-macam perkara seperti faktor saya seorang suri rumah yang tidak mempunyai pendapatan..”

Namun, selepas diyakinkan rakannya bahawa dia akan mendapat pulangan yang lumayan, dia bersetuju untuk membuat pelaburan.

Ibu kepada enam orang anak itu kemudian membuat pinjaman daripada kakaknya sebanyak RM5,000 untuk turut serta dalam pelaburan itu.

 

F 2
gambar hiasan
F0
gambar hiasan

Janji tinggal janji, wanita itu lesap bersama modal yang dilaburkannya. Menurut Zana lagi, wang pulangan keuntungan daripada pelaburan itu sepatutnya dibayar Oktober tahun lalu seperti yang dijanjikan wanita berkenaan.

Sehingga kini, tiada khabar diterima dari wanita tersebut dan disebabkan itu hubungan Zana bersama kakaknya menjadi renggang kerana gagal melunaskan hutang seperti yang dijanjikan.

Dia kemudian membuat laporan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub Oktober tahun lalu dan hingga kini kes itu masih dalam siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor.

Zana turut dimaklumkan bahawa ada beberapa mangsa lain yang ditipu wanita sama membabitkan kerugian lebih besar hingga mencecah RM100,000. Mudahnya orang kita ditipu…

Laporan
sumber: harian metro

Tertekan dengan situasi tersebut dan tidak mempunyai hasil pelaburan, Zana kemudian membuat keputusan untuk membuat pinjaman lain bagi melunaskan hutang kakaknya itu.

Saya buat pinjaman dengan rakan untuk bayar duit kakak. Hubungan kami menjadi teruk kerana sehingga kini saya tidak mampu melunaskan hutang itu. Saya hanya dapat bayar sebahagian.”

Alahai, pinjam sana sini. Itu silapnya…

Forex itu haram bagi yang beragama Islam, malangnya masih ramai yang tidak mempunyai kesedaran tentang hal ini.

Janganlah mudah menjadi mangsa penipuan. Buta mata kerana wang, sampai sanggup buat pinjaman. Bila dah jadi macam ni, menyesal pun dah tak guna…

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.