in

Wanita Ditipu RM31,000 Oleh Jejaka Kacak Dari Korea, Konon Mahu Biaya Pembedahan

Bg 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Orang kata jangan menilai seseorang itu dari paras rupanya sahaja. Mungkin dari luar kelihatan baik namun dalamannya Tuhan saja yang tahu!


Baru-baru ini, seorang wanita dari Singapura bernama Adebelle Luna Lee berkongsi di Facebook tentang kisahnya yang telah telah ditipu seorang jejaka kacak dari Korea bernama Kwan Soon Ho.

19961145 1978949588991104 8858613545980771375 N E1499676478753
sumber : facebook

Menurut Adebelle, duitnya telah dicuri sebanyak dua kali oleh lelaki itu!

Semasa berada di Singapura, lelaki tersebut telah mereka cerita sedih mengatakan dia tidak cukup duit untuk menjalani pembedahan di bahagian jantung dan juga hatinya. Dia juga tidak mampu untuk melangsaikan hutang kepada rakan-rakannya yang berada di Korea.

Oleh kerana kasihan, wanita tersebut meminjamkan wang sebanyak $10,000 (RM31,063) kepada jejaka tersebut atas niat mahu menolong meringankan beban lelaki itu.

6 5
gambar hiasan

Akan tetapi usahanya itu sia-sia sahaja kerana realitinya semua cerita itu cuma rekaan semata-mata. Setelah bertanya pada rakan lelaki tersebut, dia tidak membayar satu sen pun hutangnya pada mereka. Kurang ajar betul!

Bukan sahaja dia menipu, malah dia juga berani mencuri! Ketika wanita tersebut berada di kampung halamannya di Incheon, Korea Selatan, lelaki tersebut telah mencuri dan membawa lari wang sejumlah 3,000,000 Won (RM11,197) dari dompetnya.

7 5
sumber : facebook

Mujur ibu bapa lelaki tersebut berasa bertanggungjawab terhadap kesalahan anak mereka itu.

Mereka telah membawa wanita tersebut ke balai polis untuk membuat laporan dan menyuruh Adebelle menyaman anak mereka sendiri atas tindakannya itu. Bukan itu sahaja, mereka juga telah membelikan makanan dan membenarkan wanita itu menginap di kediaman mereka.

19756707 1978949558991107 5737717559242807028 N E1499677491575
sumber : facebook

Kini, lelaki tersebut mempunyai hutang sebanyak 200,000,000 Won (RM746,494) dengan rakannya di Korea dan juga 3,000,000 Won (RM11,197) bersama wanita tersebut.

Dia dikatakan telah melarikan diri ke luar negara kerana ingin lari dari hutang dan belum lagi dijumpai polis sehingga kini.

Baca : Wanita Kerugian RM21,000 Ditipu Kasanova Yang Telah Berkahwin Dikenali Melalui WeChat

1 18 E1499676326197

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.