in

Wanita Dikel*r Suami Dibenarkan Keluar Hospital, Suami Masih Dirawat

syaz ft 2025 08 28T120229.313

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wanita yang dikelar suaminya dalam satu kejadian di Taman Tunas Muda, Sungai Ara, Bayan Lepas sudah dibenarkan keluar daripada Hospital Pulau Pinang (HPP).

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam, manakala suspek yang juga suami mangsa kini masih dirawat di hospital itu.


Artikel berkaitan: Pemilik Kedai Telefon Bimbit Berdepan Detik Cemas Leher Nyaris Dikelar Wanita Myanmar

Artikel berkaitan: “Saya memang nak jumpa sangat dia” – Rakan Baik Terima Mesej Mangsa K*lar Mahu Jumpa

“Isterinya dibenarkan pulang hari ini manakala suaminya sudah sedar dan berada dalam keadaan stabil di hospital berkenaan.

Polis belum lagi mengambil keterangan daripada kedua-duanya (bagi mengetahui punca kejadian),” katanya.

Difahamkan, kejadian itu berlaku sebelum subuh dan pasangan itu merupakan pasangan guru di Pulau Pinang.

Wanita berusia 28 tahun itu cedera dikelar di leher manakala suaminya berusia 30 tahun pula cedera di leher dan tangan selepas mengelar dirinya menggunakan pisau sama. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas cubaan membunuh.

Sebagai info, siasatan awal mendapati kejadian sebelum waktu Subuh itu disedari ibu mangsa selepas terdengar jeritan anaknya dari tingkat atas rumah itu.

Apabila ibu mangsa naik ke atas, dia melihat suspek sedang menindih mangsa dalam keadaan cuba mengelar isterinya.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.