in

Wanita Dikejar Empat Lelaki Tidak Dikenali Disaman Kerana Langgar Lampu Merah Ketika Melarikan Diri

Page 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nota: Gambar kiri adalah untuk tujuan ilustrasi


Kita seringkali diingatkan supaya tidak membuka cermin atau keluar dari kereta jika diketuk atau ditegur orang yang tidak dikenali. Apatah lagi di tempat yang tidak ramai orang dan pada waktu malam.

Mendengar nasihat yang diberikan, Ooi Geok Swan, 47 tahun menceritakan pengalaman mendebarkan dilaluinya ketika dikejar empat orang lelaki tidak dikenali yang menunggang motorsikal ketika waktu awal pagi.

Lari
sumber: the star

Menurut ibu tunggal itu, dia sedang memandu untuk pulang ke rumah dan berseorangan pada waktu itu. Tiba-tiba beberapa orang lelaki mengetuk cermin keretanya ketika berada berdekatan kawasan perkuburan Cina di Sungai Bakap.

“Saya panik dan terus memecut memandangkan waktu itu menunjukkan pukul 3 pagi dan tiada orang lain berada di kawasan itu. Semasa memandu, saya sedar mereka mengekori saya dengan menunggang motorsikal, jadi saya buat keputusan untuk memandu terus ke Balai Polis Jawi untuk keselamatan,” katanya.

Malaysian Woman Chased By Four Unknown Men Gets Issued With Traffic Summonses World Of Buzz 2
sumber: flickr

Ketika dalam keadaan takut dan tergesa-gesa untuk sampai ke balai polis sejauh lebih 1 kilometer itu, dia telah melanggar dua lampu merah.

Semasa tiba di kawasan balai polis itu, dua daripada penunggang motorsikal berkenaan mengikutinya ke dalam. Kemudian kedua-dua lelaki itu memberitahunya mereka adalah anggota polis yang berpakaian biasa dan turut mempersoalkan tindakannya melarikan diri dari mereka.

“Saya beritahu mereka bahawa saya sama sekali tidak tahu mereka adalah anggota polis memandangkan mereka tidak memperkenalkan diri atau menunjukkan kad kuasa,” katanya lagi.

Seorang konstabel polis wanita kemudian terus mengeluarkan dua saman trafik kerana melanggar lampu merah ketika dalam perjalanan ke balai polis itu.

Saman
gambar hiasan

Tidak puas hati dengan apa yang terjadi, Ooi terus membuat keputusan untuk melaporkan insiden berkenaan tetapi pihak polis enggan menerima laporannya, malah memintanya untuk membayar saman itu.

Ooi menghubungi ADUN Jawi, Soon Lip Chee untuk mendapatkan bantuan dan memberitahu bahawa Ketua Polis Datuk Wira Chuah Ghee Lye akan dimaklumkan untuk menyiasat insiden ini dan membatalkan samannya kerana dilakukan tanpa sengaja dan ketika dalam ketakutan.

Kalau nak ikutkan, siapa akan keluar dari kereta atau buka cermin kalau ada orang ketuk pukul 3 pagi? Entah la…

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.