Tular di platform media sosial semalam sebuah video yang memaparkan seorang wanita di Melaka didakwa mahu menculik seorang kanak-kanak di sebuah pusat beli belah di negeri tersebut.
Terkini, pihak polis negeri Melaka mengesahkan bahawa wanita tersebut ditahan oleh polis bukan kerana kes menculik kanak-kanak, namun dia sebenarnya ditahan kerana telah menyerang pengunjung ketika di pusat beli belah tersebut.
Menurut laporan Sinar Harian, wanita berkenaan pada mulanya telah mengekori seorang ibu dan anak-anaknya ketika di sebuah pusat beli belah itu.
Wanita itu kemudiannya secara tiba-tiba bertindak agresif dengan menendang mangsa.
Ibu tersebut kemudiannya telah ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan polis tentang kejadian tersebut.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Kereta Terbabas Masuk Semak, Cara Wanita Ini Tenangkan Diri Buat Netizen Tergelak
Artikel Berkaitan: “Dari pagi sampai malam” – Aksi Kereta Axia Buat Pusingan Di Bulatan Cetus Tanda Tanya Netizen
Wanita berkenaan yang menyerang pengunjung pusat beli belah itu kemudiannya telah ditahan oleh pihak polis bantuan sebelum diserahkan kepada anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah selepas dia mencetuskan kekecohan tersebut di lokasi berkenaan.
Selepas ditahan, dia kemudiannya dibawa ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan kerana disyaki mempunyai masalah kesihatan mental.
Difahamkan, pihak polis kemudiannya mengesahkan bahawa wanita tersebut sudah banyak kali dirawat di Unit Psikiatri hospital tersebut sebelum ini kerana suspek sememangnya mengalami masalah mental.
Kini, dia masih berada di hospital berkenaan untuk dipantau oleh pihak perubatan.
Jadi, pihak polis mengesahkan bahawa wanita tersebut ditahan kerana menyerang pengunjung dan bukannya kes culik seperti yang tular di media sosial.
Sumber: Sinar Harian