in

Wanita Bunuh Diri Kerana Tertekan Tak Mampu Beli Kereta Sebagai Hadiah Pertunangan Bakal Menantu

Pagees

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Wanita Bunuh Diri Kerana Tertekan Tak Mampu Beli Kereta Sebagai Hadiah Pertunangan Bakal Menantu
Loading
/

Pelbagai kisah sedih telah kita telah dengar mengenai perkahwinan yang melibatkan pihak lelaki tidak mampu menyediakan wang hantaran kerana nilainya yang terlalu tinggi. Malah ada juga di antara pengantin lelaki sanggup melarikan diri daripada berkahwin kerana tidak mampu membayar wang hantaran.


Namun apa yang berlaku kepada ibu pengantin lelaki ini amat menyedihkan. Menurut Shanghaiist, seorang wanita di daerah Henan, China telah membunuh diri kerana terlalu tertekan tidak dapat menunaikan permintaan keluarga bakal pengantin perempuan yang keterlaluan. Pihak perempuan dikatakan meminta kepada pihak lelaki untuk menyediakan hadiah pertunangan berupa sebuah kereta.

Kill1 1
sumber: shanghaiist

Akibat terlalu tertekan kerana tidak mampu menyediakan hadiah yang diminta, wanita tersebut bertindak untuk terjun ke dalam sungai dan membunuh diri. Menerusi video berdurasi 56 saat yang tersebar luas di laman sosial China, ramai individu dilihat mengelilingi badan wanita yang telah membunuh diri itu termasuk anak dan suaminya.

Sumber: Miaopai

Mungkin kerana terlalu sedih dengan pemergian insan tersayang, si suami yang sedang menangis meratapi kematian si isteri itu tiba-tiba bangun dan berlari ke arah sungai untuk turut cuba untuk membunuh diri. Namun begitu, lelaki tersebut berjaya diselamatkan oleh anaknya dan pegawai polis.

Kill2 1
sumber: miaopai

Sungguhpun hadiah pertunangan yang diminta agak tidak masuk akal, ramai netizen mengatakan bahawa mereka tidak menyalahkan keluarga si perempuan atas apa yang berlaku. Sebaliknya, mereka tertanya-tanya mengapa pengantin lelaki tersebut tidak menunggu keadaan keluarganya lebih stabil sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.

 “Saya salahkan anak lelaki tu. Kalau tak boleh berdikari dan masih belum ada duit sendiri, jangan kahwin!” kata seorang netizen.

Kill3 1
sumber: miaopai

Selain itu, netizen juga berpendapat si anak yang sepatutnya merasa lebih terbeban dengan permintaan daripada pihak perempuan dan bukan keluarganya pula. Mangsa yang mungkin terasa amat tertekan dengan situasi kewangan keluarganya itu telah memilih jalan mudah untuk menyelesaikan masalah iaitu dengan membunuh diri. Aduhai! 

Kesiannya. Harap keluarga pengantin perempuan di Malaysia tidak melampau dalam meminta hadiah perkahwinan atau hantaran supaya tidak terjadi kes-kes macam ni ye. 

NOTA: Gambar kanan di atas adalah untuk tujuan ilustrasi.

Baca: Pengantin Lelaki Cabut Lari di Hari Perkahwinan Kerana Hantaran Terlalu Mahal

Kisssss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.