in

Wanita Bayar RM50,000 Untuk Bebaskan Anak yang Ditangkap ‘Polis’, Rupa-rupanya…

Duit 4
TO GO WITH STORY "MALAYSIA-FOREX" This photo taken 14 January, 2006 shows a money changer displaying a handful of 100 ringgit bills at his office in downtown Kuala Lumpur. Malaysia's ringgit has rallied to its highest levels since the currency peg to the US dollar was removed six months ago, after a lacklustre start that disappointed investors. AFP PHOTO/TENGKU BAHAR

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelbagai sindiket wujud zaman ini yang mengugut orang ramai dengan sejumlah wang di atas sebab-sebab tertentu. Juga disebabkan risau tentang keselamatan, ramai mudah tertipu dan menjadi mangsa penipuan sindiket tidak bertanggungjawab ini.


Begitulah nasib yang menimpa seorang wanita berusia 53 tahun ini apabila ditipu bulat-bulat oleh sindiket di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Menurut The Star, wanita yang dikenali sebagai Chen itu telah dihubungi dan dimaklumkan bahawa anaknya telah ditahan pihak polis kerana kesalahan mengedar dadah.

Ditahan
gambar hiasan

Ketika menerima panggilan itu, pihak berkenaan memberitahu bahawa polis telah menahan anaknya kira-kira jam 1.30 petang pada 3 Oktober lalu. Sindiket itu kemudian meminta Chen untuk menunggu panggilan daripada seorang ‘anggota polis’ berbangsa Cina.

Selepas menunggu beberapa ketika, ‘anggota polis’ yang dimaksudkan menghubungi Chen dan memintanya untuk membayar RM100,000 untuk ‘menyelesaikan’ kes anaknya itu. Bukan itu sahaja, Chen turut diberi amaran supaya tidak memberitahu sesiapa berkenaan hal tersebut.

Risau dengan keselamatan anaknya, Chen dengan segera membuat pembayaran sebanyak RM50,000 ke nombor akaun yang diberikan oleh lelaki tersebut.

Bayaran
gambar hiasan

Bagaimanapun, sebaik sahaja membuat pembayaran itu, Chen sangat terkejut apabila mendapat tahu bahawa anaknya sebenarnya sedang menonton wayang bersama teman wanita! Aduhai, rugi 50 ribu…

Mengetahui dia telah ditipu dan menjadi mangsa penipuan sindiket, Chen kemudian segera membuat laporan polis dan kes kini dalam siasatan.

Aduhai, melayang duit macam tu je! Jangan mudah tertipu dan menjadi mangsa. Betul keselamatan itu penting, tetapi cuba periksa dahulu.

Baca: Gadis Ditipu Peniaga Online Bayar RM580 Untuk Braces Tiruan Yang Berharga RM10 Sahaja

Bg3 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.