in

Wanita 43 Tahun Tinggalkan Bayinya Dalam Mangkuk Jamban Balai Polis Lepas Lahirkan Sebelum Cabut Lari

Tukangurut2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berani mati! Itu je yang admin boleh katakan. Mungkin dalam fikirannya tu nasib bayi tu akan selamat jika dibiarkan dalam balai polis.

Namun hakikatnya, ia memakan diri sendiri apabila seorang tukang urut wanita berusia 43 tahun ini telah ditangkap polis kerana tinggalkan bayi yang dilahirkannya di dalam mangkuk jamban balai polis.

Bayi selamat

10Pm.jpg.cd5057768B1F9B699Fddde79Bec5537C
Sumber : thethaiger

Setelah melahirkan hujung minggu lalu, bayi itu ditemui tidak lama kemudian oleh anggota polis Chiang Mai. Bagaimanapun bayi itu  selamat, kini stabil dan sihat di Hospital Maharat Nakorn.


Lapor sumber, Busaba Somfu yang berusia 43 tahun,  menjelaskan kepada polis bahawa dia mengalami sakit perut ketika melayani pelanggan.

Dia pergi ke tandas polis dan ‘terkejut’ ketika dia melahirkan. Kelakuannya berjaya dirakam di CCTV  yang menunjukkan dia memasuki tandas pada jam 10.05 malam dan keluar jam 10.21 malam.

Tinggalkan sebab..

Tukangurut
Sumber : coconuts

Dia menjelaskan bahawa dia tidak bersedia untuk mempunyai anak kerana suaminya enggan menggalas tanggungjawab tersebut.

Jadi dia membuat keputusan untuk meninggalkan bayi tersebut di mangkuk tandas. Col Piyaphan Patrapong, timbalan Komander polis Chiang Mai, berkata wanita itu telah dituduh di bawah undang-undang yang berkaitan dengan buang anak.

Kakitangan Hospital Nakarat Nakorn mengatakan bayi itu berada dalam ‘keadaan yang baik’ dan akan diserahkan kepada rumah kanak-kanak kerana tiada siapa yang datang untuk menuntutnya.

Baca : Disangka Lelaki, Orang Awam Hanya Pandang Sambil Rakam Wanita Ini Melahirkan Anak Dikhalayak Ramai

Lahiranak


Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.