in

Wani Comel Dimasukkan Ke Hospital Akibat Jangkitan Paru-Paru, Dipercayai Tak Buat Pemeriksaan Lepas Potong Usus?

Ft Wani 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru sahaja kisahnya menuntut hak daripada seorang usahawan kosmetik mula viral, kini sekali lagi Wani Comel menjadi perhatian ramai.


Berusia 23 tahun, Nur Airawani Nazira Ibrahim dilaporkan telah dikejarkan  ke Hospital Putrajaya kira-kira jam 9 pagi semalam.

Menurut wakilnya Muhammad Shah, Wani dipercayai mengalami masalah pernafasan malah dikatakan turut menderita jangkitan kuman di paru-paru.

Capture 1 3 5.

 

Berpunca daripada tiada rawatan susulan

Wakilnya turut mendedahkan bahawa masalah jangkitan kuman di paru-paru yang dialami gadis itu dipercayai berpunca daripada pembedahan bariatrik (potong usus) yang dilakukannya.

Sejak pembedahan bariatriknya tahun lalu, Wani tidak pernah mendapatkan sebarang rawatan susulan.

“Wani dikejarkan ke hospital sekitar pukul 9 pagi tadi selepas dia mengalami kesukaran untuk bernafas. Selepas melakukan pemeriksaan, doktor mengesahkan ada jangkitan kuman di paru-paru Wani”

Capture 5 15

 

“Selepas Wani melakukan pembedahan potong usus, dia tak pernah pergi buat pemeriksaan susulan. Kita memang berniat untuk bawa dia menjalani pemeriksaan untuk tahu status sebenar apabila mengetahui dia tidak menjalani sebarang rawatan dan pemeriksaan susulan”

Menurut Muhammad Shah lagi, dia menyerahkan kepada pihak hospital untuk melakukan rawatan kepada gadis itu.

“Mengenai punca jangkitan, saya serahkan kepada pihak hospital dan kita lihat keadaan Wani memang tidak berapa sihat sejak pertemuan pertama di Jerantut.

“Cuma kita memerlukan masa bagi menyediakan bantuan supaya Wani boleh mendapatkan rawatan”

Capture 2 2 1

 

Kini di wad zon kuning

Perkongsian Wani yang mendakwa dirinya sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital mendapat perhatian netizen.

Wani kini diletakkan di wad zon kuning sementara menunggu keputusan ujian makmal lapor mstar.

“Doktor terpaksa tahan Wani di wad sementara menunggu hasil ujian kesihatan. Pihak hospital juga terpaksa berbuat demikian agar pemeriksaan lanjut boleh dijalankan untuk mengetahui status kesihata Wani. Saya harap semua orang boleh doakan kedaaan kesihatan Wani”

Min harapkan untuk Wani diberi kesembuhan. Buat kisahnya dengan usahawan kosmetik itu, biarlah pihak yang selayaknya yang selesaikannya. Janganlah kita masuk campur…

Baca : Tidak ada bercakap mengenai nak bagi kereta nak bagi rumah, nak bagi kekayaan Dato Aliff Syukri

Capture 5 14

Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: mstar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.