Semalam, usahawan kosmetik terkenal Dato’ Aliff Syukri telah pun tampil menceritakan segala-galanya tentang kes adik Wani.
Dalam kenyataan rasmi yang dilakukan semalam, dia sama sekali tidak pernah menjanjikan kemewahan seperti mana yang didakwa oleh Wani sebelum ini.
Berikut merupakan respon-respon yang diberikan berdasarkan apa yang Wani telah katakan sebelum ini.
Menjanjikan untuk berikan rumah dan kereta
Terkejut masih boleh ambil peguam untuk mendakwanya, Aliff Syukri menegaskan bahawa dia tidak pernah menjanjikan sebarang kemewahan buat Wani.
“Tidak pernah menjanjikan bulan dan bintang, untuk makluman anda semua saya ada ambil beberapa duta saya sebelum ini, seperti Erra Fazira dan banyak artis-artis yang lain.
Kalau kita ada cakap kita ada menulis dan saya sama sekali tidak ada bercakap mengenai nak bagi kereta nak bagi rumah, nak bagi kekayaan, dia bukan isteri saya, dia bukan mak bapa saya untuk kayakan mereka.
Anda fikirlah secara logik, untuk permintaan itu memang diluar jangkauan.”
Wani rasa maruah keluarga dipermainkan
Video kenyataan rasmi itu dikongsikan semula menerusi Instagram miliknya, bercakap mengenai maruah keluarga Wani, Aliff Syukri menegaskkan bahawa dia sama sekali tidak ada memburukkan keluarganya malah lagi membantu adik Wani.
“Oh macam tu? saya ni sebenarnya terkejut, saya nak minta maaf lah banyak-banyak kalau betul saya mempermainkan maruah keluarga Wani, hakikatnya saya tak pernah menceritakan keburukan Wani, bercakap rumah dia kotor, menghina, mengeluarkan kata-kata kecaman dan saya sama sekali tidak pernah bercakap buruk malah saya membantu adik Wani.”
Wani mendakwa Dato Aliff Syukri ada menjanjikan kebajikan
Berikutan dakwaan ini, Aliff Syukri menegaskan bahawa dia hanya ingin membantu Wani berjalan sahaja, sekali lagi dia jelaskan bahawa sebarang perjanjian yang berkaitan dengan kemewahan seperti yang didakwa oleh Wani tidak pernah wujud.
https://www.instagram.com/tv/CIf-RiFpezs/?igshid=9znrsllz1bbh
“Saya membantu adik Wani, bukan keluarga. Keluarga ada kaki ada tangan dan boleh berjalan dan kos saya laburkan bayar Coach, pembedahan, bagi makanan supplement, bagi tempat tinggal, resort saya stay, ratus ribu dah habis. Dia bukannya orang gemuk biasa-biasa tetapi saiz yang begitu super lah.
Saya hanya nak bantu dia bolehh berjalan sahaja dan saya bercakap di depan anda, saya bukan pusat kebajikan masyarakat, untuk saya nak membantu Wani, ada kereta, ada rumah.
Saya rasa zaman Covid ni, orang memang akan melalui masalah kewangan jangan lah dengan cara pintas macam ni senang-senang meminta, carilah kerja, kaki dah ada, tangan dah ada.”
Pihaknya (Aliff Syukri) telah bersedia dengan beberapa langkah perundangan dan juga tindakan yang akan diambil memandangkan sekarang ini pun, pihak Wani dah menjalani proses yang sama.
Bercakap mengenai terma-terma dan syarat yang penah dibuat dengan Wani, pihaknya tidak mahu apa yang telah dipersetujui dilanggar oleh mana-mana pihak walaupun ada kebebasan melakukan sedemikian.
Baca : “Dah boleh jalan carilah rezeki” – Aliff Syukri Respon Isu Tak Tolong Wani