Susulan berita kemangkatan Ratu Elizabeth II , anakanda baginda Raja Charles ditabalkan menjadi pemerintah tertinggi Kerajaan Britain. Dengan pertabalan Raja Charles itu, negara-negara Komanwel dibawah naungan British perlu melakukan penukaran wang kertas.
Antara negara yang perlu mencetak semula wang kertas adalah Australia. Ini kerana salah satu wang kertas negara itu dicetak dengan wajah Ratu Elizabeth. Berkemungkinan wang kertas AUD 5 itu akan dicetak dengan wajah Raja Charles sebagai pemerintah naungan negara itu.
Walau bagaimanapun, rakyat Australia menolak wajah Raja Charles daripada dicetak pada wang kertas mereka. Mereka lebih cenderung memilih ikon negara mereka sendiri. Antara nama yang dicadangkan untuk menggantikan wajah Ratu Elizabeth pada wang kertas AUD 5 itu termasuklah, pelakon terkenal Russel Crowe, dan selebriti Crocodile Hunter, mendiang Steve Irwin.
Ini bukan pertama kali wajah Irwin dicadangkan untuk menghiasi wang kertas Australia. Pada 2016, satu petisyen telah dibuat untuk mencetak wajah Crocodile Hunter itu pada salah satu wang kertas Australia.
Memetik laporan Lad Bible, pihak Bank Negara Australia akan menjalankan rekaan semula wang kertas AUD 5 dan ianya akan mengambil masa yang lama sebelum dicetak dan diedarkan untuk kegunaan jual beli rasmi.