in

“Waduh waduhhh” – Perkahwinan Batal Sebab Dapat Tahu Bakal Pengantin Lelaki Rupanya Perempuan

Kahwin Pengkid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Viral di media sosial baru-baru ni lepas seorang bakal pengantin menolak lamaran dan membatalkan perkahwinannya. Menurut Tribun, kejadian mengejutkan ini berlaku di sebuah perkampungan di Sumatra Selatan, Indonesia.


Bakal pengantin perempuan yang baru berusia 15 tahun itu dijadualkan bernikah dengan seorang pemuda berusia 25 tahun pada 31 Ogos baru-baru ini.

Namun, pernikahan itu akhirnya dibatalkan selepas terbongkar bahawa pengantin lelaki itu rupa-rupanya seorang perempuan!

Pengkid1
sumber: tribun

Pihak keluarga remaja perempuan itu sebenarnya dah rasa curiga waktu ‘pengantin lelaki’ tu hubungi dan beritahu niat untuk lamar anak gadis mereka.

Jadi, si ibu dan bapa meminta dia datang ke rumah sebab rasa sangsi bila dengar suaranya macam perempuan. Lepas kedua-dua keluarga dah bersetuju untuk berjumpa, keluarga pihak pengantin perempuan terus minta ‘pengantin lelaki’ tu jalani pemeriksaan dekat bidan kampung.

Setelah di bidan baru diketahui kalau dia adalah perempuan yang menyamar sebagai laki-laki.”

Bila dah kantoi, pihak pengantin perempuan terus menolak lamaran dan membatalkan perkahwinan sehari sebelum berlangsung. Pasangan itu dikatakan berkenalan melalui media sosial dan memang pernah keluar dating beberapa kali tapi si gadis tak rasa curiga dengan status jantina teman lelakinya tu.

Pengkid2
sumber: tribun

Bila rasa dah sesuai dan bersedia, kedua-duanya buat keputusan untuk ke arah lebih serius. Malangnya, tanpa diketahui si gadis rupa-rupanya teman lelaki yang ingin dia jadikan suami itu adalah seorang perempuan.

Baca: “Selama ni taknak video call” – Bercinta Jarak Jauh, Lelaki Kena Tipu Dengan ‘Nenek’ Menyamar Jadi Awek Cun

Konon Awek Muda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.