in

Wabak Dahsyat Spanish Flu : Satu Pertiga Penduduk Bumi Dijangkiti, Hampir 50 Juta Maut Dalam 2 Tahun

Featured 7

Sehingga kini lebih 13 juta kes Covid-19 direkodkan di seluruh dunia dengan jumlah yang maut menghampiri angka 580,000 orang, menurut worldometers.

Persoalan bilakah pandemik Covid-19 akan berakhir, tiada siapa yang tahu.

Namun adakah pandemik ini merupakan wabak paling dahsyat dan terburuk pernah berlaku dalam sejarah peradaban manusia? Kalau korang jawab IYA, maksudnya korang salah!

 

Spanish Flu

Mengikut sumber, dunia dulu pernah digemparkan dengan wabak penyakit Spanish Flu atau Selsema Sepanyol.

Selesema Sepanyol 1918 251

Pandemik ini direkodkan sebagai yang terburuk dalam sejarah apabila dalam tempoh 2 tahun sahaja telah merekodkan lebih 500 juta individu dijangkiti di seluruh dunia iaitu satu pertiga daripada jumlah penduduk bumi pada ketika itu.

Malah Spanish Flu dikatakan telah mengorbankan lebih 40 juta nyawa pada ketika itu.

 

Sepanyol bukan negara penyebar Spanish Flu

Wabak ini dilaporkan pada Mac 1918 hingga Disember 1920 dengan mula dikesan di Eropah, Amerika Syarikat dan beberapa kawasan Asia sebelum mula merebak ke seluruh dunia.

Ada sumber mengatakan ianya bermula di Hemisfera Utara pada musim bunga tahun 1918.

Waktu itu tiada vaksin, boleh dilihat mayat-mayat yang bertimbun-timbun di rumah mayat malah sebilangan besar yang tidak dituntut.

Bahaya Pandemik

107600180 2682597182030137 3077693646174675898 N

Kenapa dikatakan Spanish Flu, sebab Sepanyol satu-satunya negara yang neutral ketika Perang Dunia Pertama (1914-1918) yang menyebarkan tentang bahaya wabak ini sedangkan negara-negara lain cuba menyembunyikan fakta sebenar.

Konon nak kekalkan semangat perang dan tidak mahu kelihatan lemah di mata musuh masing-masing.

 

Gejala seperti demam biasa namun…

Mereka yang dijangkiti akan mengalami gejala selsema, menggigil, demam dan kelihatan letih. Biasanya dikatakan mereka yang dijangkiti boleh pulih seperti biasa, namun jumlah yng pulih adalah rendah.

Individu yang dijangkiti jika tidak menerima rawatan cepat boleh meninggal dalam beberapa jam atau hari selepas mengalami gejala di atas. Malah kulit mereka akan berubah jadi biru dan paru-paru mereka akan dipenuhi cecair.

Nangis

 

Kematian meningkat berkali-kali ganda setiap hari

Kalau korang rasa kematian harian Covid-19 cukup tinggi, korang kena tahu bagaimana kematian Spanish Flu.

Pada hari pertama sahaja sebanyak 651 kematian direkodkan dan dalam tempoh sebulan lebih 17 ribu kematian dicatatkan.

Jumlah itu masih lagi rendah jika dilihat angka kematian yang direkodkan pada hari ke-100 iaitu lebih 770,000 yang terbunuh akibat Spanish Flu.

Di India sahaja, dilaporkan sekurang-kurangnya 12.5 juta maut akibat wabak ini.

 

Bagaimana wabak ini dihentikan?

Menurut sumber, mereka melaksanakan beberapa langkah antaranya kuarantin, memerintahkan rakyat pakai topeng hidung dan mulut, menutup tempat awam, dilarang berjabat tangan dan #StayAtHome.

Amaran Jangan Meludah Selesema Sepanyol 1918

Jadi menjelang musim panas 1919, berakhirlah pandemik Spanish Flu ini.

Hampir 100 tahun kemudian iaitu pada 2008, sekumpulan penyelidik umumkan yang mereka sudah tahu punca Spanish Flu, iaitu disebabkan sekumpulan 3 gen yang membuatkan virus melemahkan tiub dan paru-paru mangsa, sehingga menyebabkan berlaku radang paru-paru.

 

Sumber : iluminasi, libur, worldometers

 

Baca : IMBAS SEJARAH H1N1: Wabak Bermula Di Mexico Sebelum Menjangkiti 700 Juta Orang Di Seluruh Dunia

Baca 8

Sumber: iluminasi
Sumber: iluminasi
Sumber: Libur
Sumber: Iluminasi