in

‘VVIP’ Atau Sesiapa Yang Potong Barisan Dapatkan Vaksin, Bakal Didenda Sehingga RM10,000

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mana-mana individu yang didapati memotong barisan untuk menjadi penerima awal suntikan vaksin Covid-19 boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara tidak melebihi tujuh tahun.


Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, tindakan itu boleh diambil dengan arahan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato Sri Dr Noor Hisham Abdullah di bawah Seksyen 21A-Arahan Ketua Pengarah.

Tindakan itu termaktub dalam Seksyen 31 Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021, yang berkuat kuasa mulai 11 Mac ini.

Peruntukan baharu ini adalah sebagai punca kuasa untuk mengenakan penalti di bawah Akta 342 bagi mana-mana kesalahan yang tidak dinyatakan di dalamnya.”

Peraturan di bawah subseksyen ini kita boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan untuk menjadi suatu kesalahan dan boleh dikenakan penalti denda.”

Menurut Awani, setakat ini Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menerima sebarang laporan berkaitan tindakan memotong barisan.

Terdahulu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin telah memberi jaminan bahawa isu terbabit tidak akan timbul selepas kerajaan mewujudkan Garis Panduan Penetapan Senarai Barisan Petugas Hadapan.

Malah, beliau yang memandang serius tentang isu ini turut berkata sekiranya rakyat mendapati ada mana-mana pihak ‘VVIP’ yang memotong barisan, boleh terus berhubung dengannya melalui emel.

Sebagai penjelasan, wakil rakyat memang ada dalam fasa pertama ini. Cuma sekarang ini VVIP bukan wakil rakyat pun nak masuk senarai. Tak boleh. “

Dan untuk wakil rakyat, saya juga minta ambil secara berperingkat. Ada negeri bagi semua Exco one shot. Tidak bagus.”

Baca: “Boleh terus emel kepada saya” – Netizen Dakwa Ramai ‘VVIP’ Potong Giliran Untuk Vaksin, Ini Respon KJ

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.